Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 3 November 2009

Ahli Parlimen Sabak Bernam mengaku tidak bersalah atas 8 tuduhan rasuah




Dari kiri ke kanan: Datuk Abdul Rahman Bakri, Mohd Rosli Bushra, Wong Choon Hau, Yahya Saari, Yap Soo Soon dan Firdaus Abu Karim. – Gambar oleh Jack Ooi (themalaysianinsider)


KUALA LUMPUR, 3 Nov:Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.

Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu,bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.

Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.

Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Selain itu, pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.

Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.

Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dilaporkan telah menangkap lima orang termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa hari ini.

Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.

Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM semalam.

Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini.

Selain itu, SPRM Selangor juga dilaporkan telah menangkap seorang bekas Adun dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Bekas Adun tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.

Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas Adun berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.

Selain mereka, turut ditangkap adalah seorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor dan seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya juga akan didakwa._hrkh

Tok Guru Nik Aziz kecewa tindakan melulu Jais

KOTA BHARU – Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengadakan ceramah agama, tengah malam kelmarin, dianggap satu perbuatan yang melampau.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan melulu Jais itu.

“Saya anggap ia satu tindakan yang melampau. Kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

"Ramai lagi orang yang patut ditangkap, termasuk mereka yang mengasingkan politik dan agama. Inilah yang sesatnya. Saya sangat dukacita dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan yang kononnya penahanan itu dikaitkan dengan ajaran Wahabi yang cuba disebarkan oleh Asri, Nik Abdul Aziz berkata, dakwaan itu perlu diperhalusi.

“Kalau nak dikaitkan dengan ajaran Wahabi, kita kena pastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

“Nasihat saya kepada Jais, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia,” katanya. SH

Siapa Kaut Untung Pembelian Kapal Layar Piala Monsun ?


kapal layar RM14 juta diluar musim, hanya digunakan semasa kejohanan

iklan kapal layar Foundation 36 dalam internet

KUALA TERENGGANU
- Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.

Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.

Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri, Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.

Katanya, dari seluruh pengusaha hotel dan resort, hanya seorang pengusaha ‘home-stay’ yang mengiklankan Piala Monsun, untuk menarik pelanggan bagi menyaksikan kejohanan itu.

Manakala Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Malaysian Association of Tour and Travel Agents - Matta) bagi negeri Terengganu, Encik Esmadee Endut berkata populariti Piala Monsun belum berhasil menarik kehadiran pelancong yang ramai.

"Ahli-ahli persatuan tidak tahu apa atau dimana sasaran segmen pemasarannya kerana penganjur tidak pernah memasukkan kami dalam pelan promosi mereka,”katanya.
Bagi PAS, berjuta ringgit yang dibelanjakan setiap tahun, tanpa pulangan yang pasti dan boleh dilihat, menunjukkan penganjuran sukan yang dikatakan berprestij itu sebenarnya ’gagal’.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata kerajaan negeri banyak membazirkan wang rakyat dalam penganjuran Piala Monsun.

Katanya, pembelian kapal layar yang digunakan untuk kejohanan tersebut adalah terlalu mahal.

"Harga sebuah kapal layar itu RM1.4 juta dan kerajaan negeri melalui SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) telah membeli 10 buah kapal layar dengan kos RM14 juta," jelasnya

Menurutnya, PAS memberi jaminan jika parti itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah semula Terengganu penganjuran kapal layar tersebut dibatalkan.

"Apa yang rakyat dapat dari perbelanjaan RM14 juta itu dan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat," ujarnya.

Melalui semakan yang dibuat, kapal layar jenis ’Foundation 36’ yang digunakan dalam kejohanan Piala Monsun dibangunkan oleh Western Australian Yachting Foundation.

Kapal tersebut boleh dibeli dengan mudah melalui internet dengan harga AU$115,000 bersamaan dengan RM355,751.35 sebuah.kapal layar Foundation 36

Bagaimana pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT – SEDC) membelinya dengan harga RM1.4 juta sebuah?BO

Gambar Dr Asri di Mahkamah

Isnin, 2 November 2009

Anggota Parlimen antara 3 ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, adalah antara tiga orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah dan menipu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Anggota Parlimen itu bersama pembantunya serta seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor bersama dua lagi, iaitu seorang pembantu khas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan seorang pengarah syarikat akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan rasuah dan menipu, menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini, petang Isnin.

SPRM berkata, Anggota Parlimen itu dan pembantunya ditahan oleh SPRM Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 iaitu mengemukakan invois-invois yang "mengandungi butiran palsu" semasa beliau menjadi ADUN Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Pembantunya pula ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN itu dalam membuat tuntutan bagi program yang sama, menurut kenyataan SPRM lagi.

SPRM Selangor turut menangkap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Kanun Keseksaan iaitu kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan dengan melibatkan nilai sebanyak RM50,000. Menurut kenyataan SPRM lagi, pembantu khas Exco Selangor pula akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu, yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008 yang mana ianya tidak dibekalkan.

Beliau juga akan dituduh atas dua kesalahan pecah jenayah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pengarah syarikat itu akan dituduh di atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan.mstar

Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS







Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009

Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam.
sumber:trgkini

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....