Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Oktober 2009

Ong dan Chua perlu letak jawatan-Mahathir




KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemimpin MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu melepaskan jawatan masing-masing dan mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu, kelmarin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata MCA kini perlu memilih calon berkecuali di kalangan mereka serta mendapat sokongan akar umbi bagi memulihkan semula kekuatan parti berkenaan.

"Dari segi moral, kedua-dua mereka patut berundur. Pilih seorang yang tidak tercemar dan kedua-dua pemimpin itu beri sokongan penuh kepada orang baru," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran UMNO cawangan Pusat Bandar Cempaka di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mesyuarat EGM MCA yang meluluskan usul tidak percaya terhadap Ong sebagai presiden parti dan usul tidak mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Dr Chua.

Bagaimanapun, perwakilan meluluskan resolusi untuk menerima semula Dr Chua sebagai ahli parti.

Dr Mahathir berkata hasil EGM itu jelas menunjukkan bahawa ahli MCA tidak puas hati dengan kepimpinan dua pemimpin itu dan parti itu perlu menyusun semula parti atau mungkin memilih pemimpin baru.

Ditanya mengenai penubuhan parti Makkal Sakti Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Dr Mahathir berkata beliau mengalu-alukan penubuhan parti itu.

"Saya fikir masa sudah tiba untuk kita terima parti India ini dalam BN kerana kita dapati MIC sudah kurang pengaruhnya," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan menggesa Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu supaya meletakkan jawatan.

"Saya minta Samy Vellu letak jawatan juga. Kalau dia letak jawatan, MIC hidup semula," katanya.

Mengenai kenyataan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel hari ini bahawa MIC tidak harus dipersalahkan terhadap prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Mahathir berkata: "Dalam BN kita ada sifat tolong-menolong. Walaupun kecil, nak menang satu undi pun menang."

"Peranan setiap pengundi memang besar. Jangan kita (BN) perkecilkan kerana orang India ini tak ramai, jadi kita kata dia tak berperanan. Ini tak betul," katanya.

Menurutnya MIC juga perlu memainkan peranan sama dalam menentukan kejayaan BN kerana tiada kawasan pilihan raya yang majoritinya pengundi kaum India. - Bernama

BN menang besar, apa kata Isa Samad


Kenyataan Isa Samad kepada media selepas di istiharkan menang


Seronok,mulut Muhyiddin ternganga kerana terlampau seronok.Maklumlah sebelum ini asyik kalah je
Harap Zulkifli dan penyokong Pas bersabar,esok masih ada untuk kita

PORT DICKSON: Wakil rakyat baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad menyifatkan kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, selepas memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Ditanya sama ada kemenangan ini bermakna bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan kembali ke dalam arus politik perdana, beliau berkata: "Sememangnya saya telah berada dalam politik sebelum saya bertanding di sini lagi kerana selepas saya menjalani hukuman, saya telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

"Bagaimanapun, sama ada untuk kembali ke arus perdana, ia bergantung kepada keadaan semasa...saya pun tak tahu macam mana."

Berhubung sama ada beliau berminat untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai Exco kerajaan negeri, Mohd Isa berkata, ia bukan satu keutamaan.

"Setakat ini, saya tak fikir bab itu lagi. Saya hanya fikir untuk bantu penduduk di Bagan Pinang, Teluk Kemang dan bantu parti sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Selain itu, adalah menjadi satu perkara biasa di mana wakil rakyat BN akan memainkan peranan wakil rakyat dalam membantu pentadbiran bagi memajukan negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Mohd Isa berkata: "Setakat ini, tak ada apa-apa masalah dengan Menteri Besar. Ia cuma sengaja dibangkitkan pihak-pihak tertentu semasa pilihan raya ini."

Dalam pada itu, Zulkefly menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil ini namun beliau tetap mempersoalkan aspek ketelusan bagi undi pos.

"Saya menerima kekalahan ini denagn hati yang terbuka. Bagaimanapun, apa yang penting bagi PAS adalah ketelusan terhadap undi pos yang tetap diragui," katanya.

Dalam pilihan raya kecil ini, BN memperolehi 3,521 undi pos manakala PAS memperolehi 601 undi.mstar

Ahad, 11 Oktober 2009

Umno menang,tapi kalah memerangi rasuah



TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.
harakahdaily

Pergaduhan di Bagan Pinang





KECOH..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis. Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.
TAHAN...Polis menahan seorang daripada dua penyokong daripada parti yang bertanding. Mereka ditahan kerana dipercayai menimbulkan kekecohan berhampiran pusat mengundi di SK Telok Kemang di sini.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.

PORT DICKSON: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini tercalar apabila berlakunya pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau kesal dengan sikap penyokong-penyokong berkenaan hingga mencetuskan kekecohan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, mereka (penyokong dan peraih undi) masih tidak faham dengan larangan yang dikeluarkan oleh SPR supaya tidak hadir pada hari pengundian.

"Kehadiran mereka hanya untuk membuat kacau, tapi bila kita larang mereka degil, bila kedua-dua pihak dah duduk bertentang mula lah pergaduhan macam apa yang berlaku..Saya kesal lah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi, penyokong BN dan PAS masing-masing membaling botol dan kayu ke arah penyokong parti lawan.

Ekoran kejadian itu, dua orang penyokong masing-masing daripada PAS dan BN telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Abdul Aziz lagi, beliau berharap kumpulan penyokong berkenaan tidak mencetuskan kekecohan sehingga menggangu pengundi untuk keluar mengundi.

"Bagi SPR, kita harap pengundi tidak takut untuk keluar mengundi, pihak polis akan memastikan keadaan terus terkawal," katanya.mstar

(Video) Suasana hari pengundian PRK Bagan Pinang









Video oleh: Malaysiakini & Greenboc

Sekitar hari mengundi PRK Bagan Pinang



10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.
Ketua Penyokong Pakatan, Dr. Hatta Ramli yang juga ada di sini memberitahu, keadaan penyokong kedua-dua parti terkawal biarpunusaha meraih sokongan kian agresif.

10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa

Image 10:30 : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi.

10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi.

Image10:10 : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.

" Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran.

9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson.

Image9:40 : Calon Pakatan Rakyat tiba di Sek. Ren. Panglima Adnan. Mengiringi beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan.

"Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.

9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi.

9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi

9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi.

Image 8:45 : Hujan lebat mulai turun di sini, bagaimanapun penyokong ada yang tidak berganjak dan masih berdiri di tepi jalan mengibar bendera.

Image 8:10 : Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manek Urai, Ustaz Fauzi Abdullah juga kelihatan tiba bersama beberapa pemimpin PAS lain.

Image 8:00 : Salidah Binti Kansan, 65, Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh pegawai SPR untuk membuang undi di sini.

Image 7:40 : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat tiba di sini memantau suasana pilihanraya.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf

Image 7:30 : Kelihatan para penyokong parti masing-masing memenuhi tepi jalan 50 meter dari pintu ke sekolah tersebut.

Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan.

Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan.

7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan.

Image Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar. harakahdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....