KUALA LUMP
UR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini.
UR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini. Meskipun SPRM dikatakan belum memberikan sebarang maklum balas selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kira-kira sebulan lalu, penyiasat persendirian itu sedia menemui SPRM dalam dua bulan lagi.
Sebelum ini Balasubramaniam (gambar) menolak syarat SPRM agar keterangannya diambil di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
“Ingin dimaklumkan bahawa Bala mahu interviu (sesi ambil keterangan) dijalankan di London sekitar bulan Julai ini,” kata peguamnya Americk Sidhu dalam satu kenyataan media.
Justeru, peguam itu menambah, Balasubramaniam juga mahukan kos penerbangan dan penginapan hotel bagi diri dia dan penguam-peguamnya dibayar balik oleh SPRM, dengan elaun makanan dan sara diri yang dibayar disediakan lebih awal