Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.— Gambar failKOTA BAHARU, 20 Mei — Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lepas.
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman
dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.Daud berkata keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lepas adalah tidak sepatutnya memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.
Pada 4 April lepas, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal bagi melawat suaminya ke 13 Jun.