Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 25 Mac 2015

Hudud : Kisah Disebalik Mesyuarat PR


KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fazli Hassan mendedahkan situasi sebenar yang didakwa berlaku dalam mesyuarat PR bagi menjelaskan undang-undang hudud sebelum ini.

Beliau turut menolak dakwaan pimpinan DAP dan PKR yang menyebut Pas tidak membuat sebarang penjelasan kepada PR tentang hudud.Menurutnya, beliau menghadiri tiga daripada keseluruhan pertemuan untuk menjelaskan hudud.

"Untuk makluman semua, tanggapan mengatakan pimpinan Pas tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah atau hudud adalah tidak betul.

"Saya sendiri sudah tiga kali bersama dengan pimpinan Pas Pusat dan pimpinan kerajaan negeri (Kelantan) berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang hudud.

"Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras di mana semua pimpinan tertinggi PR hadir dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR). Kemudian di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, Dun Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan keesokan harinya.

Namun, tindakan membentangkan enakmen itu menerima reaksi negatif daripada rakan komponennya, DAP dan PKR.

Sementara itu, Dr Mohd Fazli turut mendedahkan bahawa pimpinan PR meminta Pas menyebut perkataan pindaan untuk pembentangan di Dun Kelantan tersebut yang membuatkan pihaknya serba salah.

"Mereka (pimpinan PR) sudah jelas tentang hudud dan pendirian kita. Di perjumpaan terakhir di Parlimen baru-baru ini tidak ada pun keputusan dibuat supaya Pas jangan bentangkan hudud di Dun Kelantan.

"Sebaliknya kita tegaskan kita mesti kena bawa (ke Dun) sebab telah diluluskan oleh Majlis Ulama Maik (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) dan mendapat perkenan dari Baginda Sultan (Sultan Muhammad V).

"Mereka minta kita ubah dengan menyebut perkataan pindaan. Pada awalnya kita agak keberatan kerana kita terpaksa sebut satu persatu pindaan yang kita buat apabila Menteri Besar Kelantan buat pembentangan dalam Dun," katanya.

Namun menurutnya, Pas akhirnya bersetuju menurut cadangan PR dan membuat pembetulan dalam pembentangan rang undang-undang itu.

"Tetapi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat esoknya bersetuju sebagaimana yang mereka cadangkan. Terpaksalah kita pinda banyak perkara. Itu yang terpaksa buat pembetulan dalam enakmen itu.

"Tiba-tiba apabila diluluskan dalam Dun keluar kenyataan kita tikam PR dari belakang dengan meneruskan pindaan tersebut dengan alasan mesyuarat PR memutuskan tidak teruskan sidang Dun. Tidak ada langsung keputusan begitu," katanya.

Katanya lagi, sikap pemimpin PR juga sangat keras dalam setiap perjumpaan yang dihadirinya sebelum ini.

"Untuk pengetahuan semua, tiga kali ana (saya) berhadapan dengan mereka, sikap mereka sangat keras dalam setiap kali perjumpaan.

"Dalam perjumpaan terakhir baru ni, mula saja mesyuarat, mereka terus mahu mesyuarat majlis PR buat keputusan supaya hudud dikeluarkan dari agenda parti gabungan PR," katanya.SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau ni admin ada bukti ke,tahu tak dosa finah.istiqfarlah.kalau orang kata bloger jenis Pas kedah dan teenganu tak cerdik nanti mensngis pulak.

ras abu berkata...

Anwar Ibrahim tolak hudud?

Orang Islam tolak hudud dilaknat Allah swt

superslot berkata...

sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini superslot

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....