Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 April 2013

PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Negeri Sembilan

 Tiga tokoh PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli, Taufek dan Zulkifli, bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya ini

JEMPOL: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.

Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.

Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir  Negeri Sembilan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.

Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUN
Paroi - Mohd Taufek Abdul Ghani

Lenggeng - Zulkefly Mohamad Omar

Labu - Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa

Klawang - Dr Rosli Yaakop

Chembong - Kamarol Ridzuan Mohd Zain

Bagan Pinang - Ramli Ismail

Sungai Lui - Nor Anif Selamat

Senaling - Zaharudin Othman

Johol - Norazman Mohamad

Kota - Ghazali Mohd Shom

Serting - Abdul Rahman Ramli

Gemencheh - Mohd Noor Yassin


Parlimen



Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu

Tampin - Zakaria Khalim

Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin

1 ulasan:

hanafi fotografi berkata...

DUN palong siapa ya calon PAS?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....