Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Januari 2013

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tahun ini, kajian terbaru pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh dua titik peratusan menjadi 63 peratus berbanding 65 peratus dalam kajian November lalu.

Kajian yang dijalankan dari 15 hingga 28 Disember tahun lalu menyaksikan sentimen pengundi Cina menurun menjadi 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Menurut Merdeka Center, tinjauan dijalankan dengan menggunakan panggilan telefon dengan sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Pusat tinjauan itu memberitahu 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India yang dipilih berdasarkan jantina, etnik dan negeri sebagai responden dalam sampel tersebut.

Kajian dijalankan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 dan tatkala isu Deepak Jaikishan, Tan Sri Musa Hassan, Amanat Haji Hadi dan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam hangat diperkatakan. 

Kaji selidik itu juga mendapati sambutan pengundi terhadap kerajaan kekal suam, dengan hanya 45 peratus daripada responden berkata mereka “gembira dengan kerajaan”.

Dengan mengambil kira persepsi terhadap BN, 47 peratus daripada responden berkata mereka “gembira dengan Barisan Nasional (BN)”.

Tinjauan juga menemui perbezaan signifikan di antara kumpulan-kumpulan yang berbeza demografi.
Di kalangan wanita, 53 peratus daripada mereka yang ditinjau gembira dengan BN, manakala hanya 40 peratus lelaki berkongsi pandangan.

Bagi pengundi luar bandar, 56 peratus gembira dengan BN, manakala hanya 42 peratus pengundi bandar mempunyai pendirian yang sama terhadap parti pemerintah.

Sebanyak 70 peratus pengundi wanita berpuas hati dengan prestasi PM, manakala hanya 57 peratus daripada responden lelaki gembira dengan Najib.

Penilaian Najib juga baik di kalangan 70 peratus pengundi luar bandar berbanding dengan hanya 60 peratus daripada responden bandar.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....