Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 6 Januari 2012

Pakatan: Bersih 3.0 digerak jika SPR enggan terima syor PSC

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menegaskan tidak mustahil perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan khidmat Mimos, gagal melaksanakan dakwat kekal dan menyelesaikan isu pengundi awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) telah pun mendapat kesepakatan dan sepatutnya tidak wujud perbezaan dan kekeliruan maklumat.

"Keputusan untuk guna Mimos telah diputuskan dalam Parlimen. Usul telah diteruskan dan dipersetujui. Kenapa tiada penyelarasan?

“Ini perkara serius yang kita akan bincangkan dan bawa kepada majlis tertinggi presiden,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, SPR tidak akan menggunakan khidmat Mimos Berhad sebagai badan mengesahkan daftar pemilih seperti yang disyorkan oleh PSC mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Nurul Izzah berkata, beliau telah dimaklumkan perkara itu ketika mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Shafie Taib semalam.

Bulan lalu, untuk pembersihan daftar pemilih PSC telah mengesyorkan supaya SPR melantik Mimos bagi tujuan verifikasi terhadap pembersihan senarai.

Hari ini, Nurul Izzah berkata: "Saya begitu terkejut dengan apa yang diberitahu kepada saya oleh SPR Negeri. Sedangkan, SPR pusat mengatakan bahawa mereka menggunakan khidmat Mimos. Bagaimana boleh timbul kekeliruan seperti ini?"

"Kami mahu kepastian. Pengerusi SPR perlu memastikan perkara ini disambut oleh negeri-negeri kerana jika tidak ia akan wujud jurang maklumat yang besar,” katanya yang turut hadir sidang media bersama Salahuddin, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, keputusan bersama PSC sudah dimaklumkan kepada SPR, tetapi pengurusan negeri mengatakan sebaliknya.

Beliau yang juga salah seorang anggota PSC berkata, "apa yang diberitahu SPR terhadap anggota PSC tidak diarah kepada SPR negeri sehingga ada kekeliruan."

"Adakah ini kekeliruan atau tiada arahan diberi kepada SPR negeri?

“SPR Negeri Wilayah Persekutuan  kata Mimos tidak diguna pakai. Itu tidak tepat. Timbul kekeliruan yang amat besar... kerisauan saya adalah, perbincangan nampak cantik dalam kertas perlu dilaksanakan. Jika tidak ia tidak membawa apa-apa makna,” katanya.

Justeru Loke berkata, penjelasan terpeinci perlu diberikan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....