Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 19 April 2012

Samseng Serang Mahasiswa Ditahan Polis


KUALA LUMPUR - ‎​Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap mahasiswa dan aktivis yang berkhemah menuntut dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 April ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi, peserta yang tinggal dalam khemah diserang lebih kurang 30 lelaki berpakaian hitam.

Menurutnya, dua detektif polis yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan kerana cuba meredakan keadaan."Lima minit selepas kejadian, anggota peronda dari balai polis Dang Wangi bertindak meleraikan keadaan.

"Kita menerima enam laporan polis daripada pegawai polis, pegawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peserta yang menyertai perkhemahan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mohmad berkata, seorang peserta cedera di mata kanan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.Beliau turut menafikan kenyataan mengenai tindakan polis yang tidak melakukan sebarang tindakan ketika kejadian.

Menurutnya, sekiranya tiada tindakan daripada pihak polis, sudah tentu keadaan bertambah teruk dan banyak kecederaan yang dialami.SH

Video dan gambar mahasiswa diserang DISINI.Mahasiswa cerita saat2 ketika diserang DISINI

3 ulasan:

Amuraria berkata...

PDRM KENA BERTINDAK PROAKTIF SEBELUM KEJADIAN LEMBU GILA MENGAMUK BUKAN SELEPAS KEJADIAN ! KALU BERTINDAK LEPAS KEJADIAN KIRA MACAM KENA TUNGGU ORANG BUNUH ORANG BARU MAU BERTINDAK KA ? ALAHAI POLIS PRFESIONAL LA SIKIT JANGAN NAMPAK SANGAT TAKUT SAMSENG PARTI SEKUTU APCO !

Tanpa Nama berkata...

Setelah sekian lama memerhati tingkah laku dan alasan2 bangang polis, aku rasa lebih baik kita sendiri yang ambil tindakan. Biar kita ajar balik samseng2 ni supaya kenal mana langit mana bumi.

Report pada polis pun macam dibuatnya orang bodoh sahaja. Yang terangan salah membuat kacau, huruhara dan mengganas di majlis orang cuba pula dipertahankan, Malah dari komen2 mereka seolah2 penganjur majlis pula yg macam bersalah.

Aku dah meluat dgn perangai polis2 ni. Betul2 menyampah dgn alasan2 mereka.

Tanpa Nama berkata...

Tangkap tapi hukuman belum tentu... esok2 lepas la tu...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....