Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 31 Mac 2012

PRU 13 : Salahuddin Ayub sahkan akan bertanding di Johor

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Rakyat (PR) Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika majlis makan malam bersama media malam tadi di Skudai, Johor, namun enggan mengulas sama ada beliau akan menjadi menteri besar sekiranya pakatan pembangkang itu menawan Johor dalam pilihan raya akan datang.

“Siapa yang akan jadi menteri besar itu perlu ditentukan oleh kepimpinan PR dan bukan masanya untuk kita berbincang mengenai perkara itu sekarang,” katanya.

Pada 6 Febuari lalu, The Malaysian Insider telah melaporkan barisan kepimpinan PR telah mengadakan satu “perbincangan serius” dengan Salahuddin (gambar) untuk kekal di negerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang dengan peningkatan sokongan masyarakat Cina, namun kekurangan calon berkelayakan untuk menjawat jawatan menteri besar telah menerima tekanan dari Umno yang mengatakan PR akan menjadi “kerajaan Cina.”

The Malaysian Insider difahamkan anak kelahiran Pontian ini telah mengadakan perbincangan tertutup dengan PR Johor.

Bekas Ketua Pemuda PAS ini semalam turut berkata, “Pulai, Tanjung Piai, atau Batu Pahat adalah kawasan yang menarik untuk bertanding,” dan menambah cadangan itu telah pun dipersetujui oleh PAS Johor dan Kelantan termasuk persetujuan daripada kepimpinan pusat.


Namun demikian, menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider, “kerusi untuk beliau telah pun diputuskan. Beliau mungkin akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan juga negeri, tapi keutamaan kami adalah untuk beliau menjadi Adun.”

Difahamkan bahawa Sembrong, kerusi berhampiran dengan Kluang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina turut dikatakan kawasan yang sesuai untuk Salahuddin.

Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mungkin berpindah ke Kota Tinggi, kerusi selamat yang akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar, yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Razak apabila menjadi perdana menteri pada 2009.

Ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau memberitahu The Malaysian Insider November lalu bahawa beliau telah menjemput Salahuddin untuk kembali ke negeri berkenaan.

“Saya telah menjemput Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kami perlukan pemimpin tempatan,” kata Adun Skudai ini.

Salahuddin telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan selama dua penggal dan PAS membenarkan calon daripada negeri lain untuk bertanding di kawasan mereka sejak dua pilihan raya lepas.

Gelombang kemarahan yang melalui kawasan Semenanjung Malaysia ketika Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Johor terselamat apabila PR hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi negeri daripada 26 dan 56.

Namun Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dilihat telah turun padang sejak Oktober lalu terutamanya di kerusi yang mempunyai hamper 40 peratus majoriti Cina berubah kepada PR.

“Beliau telah turun padang di setiap kerusi yang mana pembangkang jangka mereka boleh menang,” kata pegawai atasan di Pejabat Menteri Besar kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin pembangkang di negeri berkenaan menganggarkan mereka memperolehi 55 peratus undi Cina pada pilihan raya lalu tetapi kaji selidik Zentrum Future Studies mendapati sokongan daripada komuniti itu meningkat kepada 90 peratus.

“Kami sedang menyaksikan revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider, berkata masyarakat Cina dianngarkan 68 peratus menerima PR di Johor sejak pilihan raya 2008 dan meningkat kepada 79 peratus pada 2010.

PKR telah mengadakan kongres nasionalnya di Johor penghujung November tahun lalu dan mendakwa mereka sudah bersedia untuk menawan Johor.

Analisis mendapati peralihan sedemikian di kawasan BN mampu untuk mereka menguasai seluruh negara dan menambah 30 kerusi Parlimen untuk menawan Putrajaya.

Namun pakatan pembangkang telah memberi amaran dengan mengatakan peluang mereka di Johor akan menyebabkan serangan Umno ekoran menjadi “kerajaan Cina.”

Timbalan Presiden PKR dan Pengarah Pilihan Raya Azmin Ali berkata kepada The Malaysian Insider baru-baru ini bahawa parti tersebut “menerima rancangan Salahuddin untuk bertanding di Johor.”TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....