Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 25 Mac 2012

Perkataan ‘Allah’: PAS sifatkan PBS berniat jahat

SANDAKAN, 25 Mac: PAS Sabah hari ini mendesak Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Herbert Timbon Lagadan menarik balik kenyataan yang disifatkan berniat jahat serta bersangka buruk mengenai jaminan PAS kepada masyarakat Kristian dalam penggunaan perkataan ‘Allah’.
Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah menegaskan bahawa, sangkaan Herbert sengaja menutup fakta tentang kesungguhan PAS yang mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat penganut Kristian seperti yang berlaku di Mesir dan Selangor beberapa tahun lalu.

“Satu keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan di Sandakan telah memutuskan untuk mendesak Naib Presiden PBS itu menarik balik balik tuduhan yang berniat jahat berkaitan kenyataan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang secara jujur menegaskan pendirian PAS berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS Sabah melalui Dewan Ulamaknya bersedia untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS mengenai isu penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.

“PAS Negeri Sabah melalui Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah menghulurkan tangan sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Datuk Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS.

“PAS Sabah mempunyai ramai intelektual muslim yang bersedia memberikan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan sejarah zaman lampau tentang perkataan Allah yang telah digunakan oleh penganut agama Samawi,” jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Sabah.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....