Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Mac 2012

Bekas pegawai kanan Polis sedia beri keterangan terhadap Gani Patail Dan Musa Hasan

KUALA LUMPUR 16 Mac: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan terhadap dakwaan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan( gambar ).

Beliau menyatakan kesediaan itu dalam surat terbukanya. kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, lapor Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa Najib boleh dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan bukti salah laku jenayah orang lain.Bukti yang dirujuk Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes Fitnah 1998 dan Gani mengetuai pendakwaan. Mat Zain pula merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....