Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Februari 2012

PAS dedah skandal jual beli tanah di Iskandar Malaysia

JOHOR BARU: PAS negeri mendedahkan ada syarikat pemaju yang membeli tanah dengan harga lebih rendah di Iskandar Malaysia tetapi tidak melabur di kawasan tersebut.

Syarikat itu membeli tanah kononnya untuk membuat pembangunan tetapi sebaliknya telah menjualnya kepada syarikat lain untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Zulkifli Ahmad mendedahkan perkara ini berdasarkan pemantauan sejak tiga tahun lalu  oleh pasukan petugas PAS terhadap pembangunan di Iskandar Malaysia itu.

Modus operandi mereka ialah membeli tanah di kawasan tertentu tetapi menjualnya kepada syarikat lain dengan harga lebih tinggi untuk mendapat keuntungan.

“Bagi menampakkan mereka mahu melabur di Iskandar Malaysia, mereka membuat pengumuman mengenai perkara tersebut di media-media massa.

“Tetapi yang sebenarnya tidak ada pelaburan, mereka cuma mahu keuntungan dari penjualan tanah,” katanya ketika dihubungi.

Iskandar Malaysia diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 meliputi beberapa daerah utama Johor

Pembangunan Iskandar Malaysia yang mengikut acuan Shenzen, China dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Ambil tanah melebihi keperluan


Zulkifli juga mendedahkan ada syarikat besar yang mengambil tanah melebihi keperluan dan baki tanah itu dijualnya kepada syarikat lain.

Syarikat itu membeli tanah dengan harga RM1 sekaki tetapi menjual dengan harga RM10, kata beliau lagi.
“Ini yang berlaku dalam  Iskandar Malaysia tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Orang melihat  semuanya bagus tetapi sebaliknya,” Zulkifli.

Menurut beliau lagi, rakyat Singapura pula ghairah untuk membeli tanah rakyat Malaysia termasuk  milik orang Melayu.

Katanya, sudah banyak orang Melayu yang menjual tanah mereka kepada warga Singapura itu kerana menawarkan harga tinggi daripada pampasan kerajaan.

Kerajaan menawarkan pampasan RM5 sekaki persegi tetapi pembeli warga Singapura itu mahu membayar RM7.

“Kalau orang Melayu tidak mahu kepada kaum Cina, mereka akan menggunakan proksi orang Melayu untuk memancing supaya pemilik menjual tanah mereka,” tambah Zulkifli.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....