Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 Januari 2012

Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Anwar Di Kelab Sultan Suleiman Kg Baru













Sumber Gambar : Wartamaya

Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar 'amanat terakhir' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, orang ramai memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan yang sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka -- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kedatangan yang besar juga dipercayai ekoran kehadiran awal penyokong daripada luar Kuala Lumpur yang mula memasuki ibu negara sejak awal petang untukmenyertai perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" esok.Malaysiakini

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....