Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 September 2011

Panas !!! ' KITA ' Parti Diketuai Zaid Ibrahim Mula Retak ?

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajui bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, menyaksikan keretakan awal dengan dua pemimpin kanan dikenakan tindakan disiplin — seorang digantung manakala lagi seorang dilucutkan jawatan.
Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif, dikenakan tindakan digantung keahlian manakala Abd Latif A Tambi pula dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti.
Muhammad Firdaus ketika dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan Zaid (gambar) mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
“Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau,” kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.
Katanya, sekiranya Zaid sebelum mendakwa banyak perkara tidak kena dalam PKR sehingga menyebabkannya keluar parti itu, “beliau seolah-olah mengendalikan Kita seorang diri.”
“Saya sedia untuk membayar apa sahaja kos selagi kebenaran didedahkan dan akan terus berjuang untuk mengetengahkan tentang salah laku, ketidakadilan dan sikap diktator seorang pemimpin,” kata beliau lagi.
Muhammad Firdaus juga membayangkan parti itu berhadapan dengan masalah kewangan dan dua penyandang jawatan bendahari telah pun ditukar sebelum ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, oleh Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, “parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.”
Katanya, tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara itu berlaku.
“Pihak pentadbiran Parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” kata Masrum.
Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.
“Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.
“Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad,” katanya.
Tegas Masrum, “parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif A Tambi tamat berkuat kuasa hari ini untuk menambah kelicinan pentadbiran parti,” katanya.
Muhammad Firdaus berkata, pihaknya akan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Kita pada satu sidang media esok.
Kita dilancarkan pada Januari lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal.”
Malah, Muhammad Firdaus juga menuduh Masrum tidak layak mengeluarkan kenyataan malam tadi kerana beliau bukan merupakan seorang ahli parti.
“Berdasarkan maklumat yang ada pada saya, Masrum bukan ahli parti... jadi, macam mana boleh mengeluarkan kenyataan ini,” katanya lagi.

Ketika pelancaran Kita, Zaid berkata, beliau akan memberi sokongan kepada kerajaan pusat jika dasar yang diperkenalkan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.
Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kita menolak individu dan pihak yang menggunakan kepentingan peribadi untuk mencapai cita-cita politik mereka.
“Matlamat utama Kita adalah untuk mengembalikan perpaduan rakyat Malaysia serta kestabilan politik di negara ini.
“Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh demi menjaga kepentingan generasi muda pada masa hadapan,” katanya.
Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.
Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun selepas ekoran mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.
Baru-baru ini, Zaid berkata Kita akan meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.TMI

2 ulasan:

Hang Jebat berkata...

Parti Kita dalam proses pemutihan dari virus2 yang tidak membawa kebaikkan pada parti apatah lagi kepada Masyarakat. Parti KITA bukanlah tempat untuk menimba emas atau mencari publisiti murahan. Mana2 parti pun mesti berkehendakkan kepimpinan yang ikhlas berjuang untuk rakyat.
Takkan disebabkan tidak lagi menerima elaun maka terus parti dilabel sebagai muflis?, berusaha keras mensabotaj Parti dengan memburuk2kan Ketua Parti yang pernah berjasa membayar gaji buta pada beliau selama berbulan2..
Cuba tanya pada diri sendiri, sepanjang memegang potfolio sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan menerima elaun setaraf pegawai bank, berapa ramai ahli yang telah dibawa masuk oleh beliau dan berapa banyak cawangan negeri yang berjaya di buka?

Dato' Zaid sanggup membelanjakan wang dari poket sendiri sebanyak hampir 20 ribu sebulan untuk badut2 ini.. takkan terima gaji untuk kerja2 twitt atau ber FB saja.. Parti KITA mempunyai kewangan yang selesa untuk menghadapi PRU 13 tapi bukan untuk membayar gaji buta pada badut2 ini...Patut2 la broooo..

Tanpa Nama berkata...

Kawe setuju dgn Hang Jebat. Sepatutnya tanya DZI, bukan tanya badut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....