Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 25 Julai 2011

Himpunan 9 Julai : Akhirnya Ibrahim Ali Mengaku PERKASA Gagal Tarik Peserta

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali melahirkan kekecewaan kerana kehadiran anggotanya ketika perhimpunan di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu adalah kurang menggalakkan.

“Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir.

“Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa.

“Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya,” katanya katanya dalam majlis penutup Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2010 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Pada perhimpunan 9 Julai lalu Perkasa memutuskan untuk bersiar-siar di Tasik Titiwangsa setelah permit mereka ditolak pihak polis.

Menyentuh mengenai kegagalan itu Ibrahim Ali berkata sekiranya perkara tersebut masih berterusan di kalangan anggota Perkasa tidak hairan sekiranya dua negeri iaitu Perak dan Selangor akan kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Politik Melayu

Menurut beliau kehadiran anggota Perkasa bagi kedua-dua negeri itu memberi makna besar kepada kelestarian kuasa politik Melayu.

“Kita tidak pandai putar belit seperti mereka…sampai akhirnya polis kena tayang video. Dulu mereka minta Suruhanjaya Diraja untuk kes Teoh Beng Hock, tapi bila dah tubuh mereka kata Suruhanjaya tidak betul.

“Jika dilihatlah peringkat bawahan keadaan seperti ini saya tidak taruh harapan terhadap Selangor.

“Kehadiran anggota di Perak dan Selangor memberi makna..tidak perlu saya ulas kerana Perak dan Selangor kita perlu kuat untuk mendukung kuasa politik kekal terhadap orang Melayu.

“Tetapi jika ini keadaannya..saya tidak menaruh harapan malah Selangor akan jadi seperti Pulau Pinang dalam proses.

“Kalau Selangor gagal kita ambil alih, satu penggal lagi ia akan jadi pintu masuk kepada Pakatan…pada masa itu 23 tahun pun belum tentu kita dapat tawan maka memekiklah kita,” katanya kepada kira-kira 500 anggota yang hadir.FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurangnya PERKASA cawangan Sweden berjaya meletakkan dirinya sebagai rasis yang melampau.

Tanpa Nama berkata...

Duit tak sampai, macam mana kami nak turun. Dulu janji macam-macam. Datuk tak boleh berbohong kepada kami,Masa bersih tahun 2007, bukan kerana datuk. Tetapi kekuatan PAS dan Keadilan. Datuk hanya menumpang di jendela sahaja.

Tanpa Nama berkata...

datuk yang xkan sy sokong sasmpai bila2.

Tanpa Nama berkata...

bubar jer perkasa tu sbb org melayu sekrg x rasis macam ko katak!!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....