Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 12 Mei 2011

Analisis : Bolehkah Kristian Jadi Agama Rasmi Malaysia ??

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog, kononnya ada majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.

Soalnya, bolehkah Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub?

Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan apatah lagi ianya berkaitan agama Islam.

Apa sahaja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat kepada keseluruhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu pada (4) dinyatakan tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Ini telah menjadikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu peruntukan yang tunggal dan tidak boleh mempengaruhi apa-apa Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penafsiran sekarang terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sekadar amal ibadat dan upacara sahaja.

Bagi kita sebagai muslim adalah berhak untuk menganut dan mengamalkan agama dengan sepenuhnya sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah.

Oleh kerana itu tafsiran yang sempit itu perlu diubah kerana Islam telah dianuti dan diamalkan di Tanah Melayu ini lama sebelum Perlembagaan Persekutuan wujud lagi. Sebagai contoh Batu Bersurat Terengganu yang mencatatkan hukum hudud yang telah diamalkan oleh penduduk tempatan beratus tahun dahulu.

Justeru, kami melihat isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan provokasi Umno Barisan Nasional semata-mata. Pakatan Rakyat sendiri telah meletakkan asas yang dipersetujui bersama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010), iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.BO

Wan Mohd Faizul Wan Abbas
Setiusaha
Dewan Pemuda PAS Terengganu

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....