Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 Mac 2011

Disaman RM 12 Juta : Saifuddin Takkan Minta Maaf,Sedia Jumpa Gobala Di Mahkamah




KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

“Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....