Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Februari 2011

Mahkamah: Badrul Hisham kekal Adun Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 18 Feb — Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham Abdullah masih kekal sebagai wakil rakyatnya.
Peguam Badrul Hisham, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berhujah bahawa Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim telah silap apabila mengambil kira tempoh enam bulan bermula dari Julai sedangkan tiada sidang ketika itu.
Firoz Hussein berkata, Teng seharusnya mengambil kira tempoh enam bulan bermula 8 November lalu, yang merupakan sidang kali pertama Badrul Hisham tidak hadir.
Badrul Hisham (gambar) pula berkata, keputusan hari ini adalah tepat memandangkan pengundi kawasannya mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka.
“Kemenangan saya adalah kemenangan buat rakyat Pelabuhan Klang,” kata beliau kepada pemberita.
Pada 24 Januari lalu, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Badrul Hisham juga memohon deklarasi bahawa tiada kekosongan untuk kerusi Pelabuhan Klang.
Badrul Hisham, 50, menamakan Teng sebagai defendan pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua.
Perintah-perintah deklarasi yang lain yang dipohon oleh plaintif termasuk pengisytiharan bahawa keputusan defendan pertama yang mengisytiharkan kerusi tersebut telah kosong adalah ultra vires Artikel LXIX Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan adalah batal dan tidak sah.
Beliau memohon ganti rugi teladan dan punif dan kos permohonan beliau ditanggung oleh defendan pertama.
Teng, pada 19 Januari lepas, mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong dengan alasan wakil rakyat itu gagal menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.
Dalam alasan permohonannya, Badrul Hisham menyatakan bahawa beliau telah hadir persidangan Dewan Undangan Negeri pada 12 dan 15 Julai 2010 dan hanya tidak hadir penggal ketiga persidangan antara 8 dan 16 November kerana mendapatkan rawatan perubatan tradisional akibat masalah kesihatan.
Beliau menjelaskan tiada persidangan antara 15 Julai hingga 8 November dan defendan pertama seharusnya mengambil kira tempoh ketidakhadiran enam bulan perlulah bermula 8 November seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri dan bukan sebaliknya.
Badrul Hisham menegaskan hanya defendan kedua sahaja mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan sama ada terdapat kekosongan kerusi di bawah Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958.

Badrul Hisham memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008 sebelum keluar parti pada 29 Okt, 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang. Beliau menyertai Umno Mei tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng ekoran tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lepas.
Pada masa yang sama, Zaleha turut memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong.
Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham berhujah bahawa tempoh enam bulan itu seharusnya bermula pada 8 November lepas dan bukannya seperti yang didakwa Teng pada 16 Julai lepas.
“Ini kerana tiada sidang DUN diadakan pada 16 Julai itu,” katanya.TMI

1 ulasan:

Awanama berkata...

Apa ke jadahnya kemenangan beliau relevan dengan kemenangan pengundi Pelabuhan Klang??!!!!Haprak punya manusiaaaa

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....