Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Februari 2011

Gambar : Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia Depan MB Selangor

Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai SUK di hadapan Menteri Besar Khalid Ibrahim di Shah Alam, tengah hari tadi. — Foto Ihsan Pejabat MB
Khusrin Munawi bersalam dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan) selepas mengangkat sumpah simpan rahsia, tengah hari tadi. — Foto Ihsan Pejabat MB

SHAH ALAM, 16 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, enam minggu selepas dilantik ke jawatan itu dan di sebalik krisis berhubung pelantikannya.
“Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini... di depan saya dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang lain,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid mengesahkan bahawa Mohd Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.
Pelantikan Mohd Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohd Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Januari lepas.
Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.
Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa 1 Januari lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.
Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....