Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Januari 2011

Adun Merlimau Kritikal,Laporan Beliau Meninggal Dunia Tidak Benar

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menghabiskan masa kira-kira sejam di unit kawalan rapi (ICU) Hospital Pakar Putra di Melaka, pada petang Khamis. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, berada dalam keadaan koma dengan menggunakan alat sokongan di ICU hospital tersebut. - Foto THE STAR Oleh A. MALEX YAHAYA

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Adun Merlimau dari Barisan Nasional Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berada dalam koma selepas mengalami serangan jantung teruk semalam.

Beliau dimasukkan ke hospital enam hari lalu.

“Dia ada di ICU, dia gunakan alat bantuan pernafasan. Saya ada di hospital lihat keadaan dia,” kata Ketua Umno Jasin Dat Wira Ahmad Hamzah kepada The Malaysian Insider.

Ahmad juga Ahli Parlimen Jasin.

Terdahulu laporan beberapa portal dan laman web menyebut beliau telah meninggal dunia.

Laporan Bernama menyebut, Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma dengan menggunakan alat sokongan di unit kawalan rapi Hospital Pakar Putra.

Antara yang hadir menziarahi beliau di hospital adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin,” katanya kepada pemberita di Hospital Putra pada pukul 4 petang tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak media agar tidak membuat spekulasi mengenai kedudukan terkini Mohamad Hidhir kerana terdapat laporan berita portal media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....