Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Disember 2010

Perlantikan Pengarah Jais Sebagai SUK Selangor Yang Baru Tidak Sah ???

SHAH ALAM 28 DIS: Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi(gambar) tidak sah dari segi perundangan selagi beliau tidak menandatangani surat perlantikan dan mengangkat sumpah setia di hadapan Menteri Besar kerajaan Pakatan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Sulit untuk Sultan Selangor, Datuk Mohd Manir Bani yang mengumumkan kepada media hari ini bahawa perlantikan Khusrin telah mendapat perkenan Sultan dan merupakan perlantikan yang muktamad.

" Keputusan ini tidak wajar diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebelum mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor, bahkan kalau ikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bawah Perkara 52 ianya mengatakan bahawa calon yang akan menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini perlu mengangkat sumpah setia rahsia di hadapan Menteri Besar," jelas beliau.

Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Negeri Parti Tindakan Demokrat (DAP) Selangor berkata, Perkara 52 juga bermaksud jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab terus kepada Menteri Besar.

Justeru, pendirian kerajaan Selangor di dalam hal ini perlulah dipertimbangkan dan perlantikan tidak harus dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja.

" Kalau mengikut undang-undang pun, tidak memestikan jawatan dipenuhi oleh calon daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, jawatan ini perlulah dilantik daripada suruhanjaya perkhidmatan yang berkenaan sahaja, maka tak semestinya perlu dilantik daripada SPA," jelas beliau lagi.

Tambahnya lagi, walaupun SPA mempunyai bilangan penjawat awam yang paling tinggi di negara ini tetapi itu tidak bermaksud perlantikan hanya boleh dibuat menerusi SPA sahaja dan perkara ini telahpun dinyatakan dengan jelas di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bahawa mana-mana calon termasuk daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri boleh dilantik.
" Memang kerajaan negeri Selangor mempunyai peranan yang perlu dimainkan dalam perlantikan ini, dan saya rasa dalam seluruh episod ini, (campurtangan) kerajaan persekutuan menerusi kenyataan Sidek adalah tidak wajar dan betul," kata beliau.

Perlantikan sebegini, kata beliau, sepatutnya dibincang dengan teliti bersama kerajaan negeri Selangor, bukannnya terus diumumkan kepada media tanpa memaklumkan kepada kerajaan negeri.

Ditanyakan samada beliau menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Manir, Lau menjelaskan beliau tidak bermaksud membangkang tindakan Sultan memperkenan perlantikan Khusrin tetapi menegaskan perlantikan untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Kerajaan adalah termaktub di bawah Perkara 52 Undang-undang tubuh kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Mereka perlu menandatangani dan mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, dan perlantikan ini juga sebaik-baiknya mendapat perkenan daripada Sultan. Tetapi, menurut undang-undang negeri, sekadar mendapat perkenaan Sultan adalah tidak mencukupi, ianya perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar," tegas beliau lagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari ini.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jaga jaga ini olang ow, jaga dia punya langkah ow.Jangan jadi macam Perak ow.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....