Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Disember 2010

Bukan Melayu,Bukan Islam Akan Menguasai Negara Jika PR Tawan Putrajaya



- Bohong Dan Pelawok Semata-Mata!

KUALA TERE
NGGANU - Apa yang ditanamkan dalam pemikiran sesetengah orang Melayu oleh Umno tentang fakta pilihanraya dalam sistem demokrasi yang ada dinegara kita sekarang, adalah 'pelawok' dan 'bohong semata-mata.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata adalah mustahil orang bukan Islam, bukan Melayu menguasai negara kerana keseluruhan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk mereka hanyalah 91 sahaja berbanding 131 kerusi Melayu, Islam.

"Jumlah keusi parlimen semasa adalah 222. Jumlah kerusi Melayu seluruhnya termasuk Umno (PAS dan PKR) serta (termasuk yang ada ) di Sabah Sarawak adalah (berjumlah) 131, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh bukan Islam semuanya (termasuk) Cina, India, bumipuera (bukan Islam) di sabah dan Sarawak termasuk dayak dan sebagainya, ini (berjumlah) 91,"katanya ketika memberi penjelasan tentang kdudukan politik semasa dalam seminar PAS Ganti Umno (PGU) di Kuala Ibai, Jumaat, 24 Disember .

Beliau berkata demikian dalam menolak pemikiran yang ditanam oleh Umno, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, orang bukan Melayu dan bukan Islam akan memmerintah negara

Sehubungan itu, beliau yakin Pakatan Rakyat boleh menguasai Putrajaya sekiranya PAS dan PKR berjaya memenangi 70 kerusi orang-orang Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Dengar dan lihat penjelasan Dato' Mustafa dalam video klip diatas.BO

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku lebih baik bukan melayu menguasai negara (tak kisah cina atau india)tetapi berperinsip, jujur dan amanah dari orang-orang melayu yang mengaku islam tapi sebat semua yang ada depan mata. Rakyat susah ke...senak ke.... peduli mampus le...janji aku kenyang. Melayu islam yang berperinsip begini lagi hina dari bin.t..g

matantiug berkata...

Perkataan "pelawok" digunakan oleh Tuan Guru Yahya Osman kepada Abu Bakar Chik tatkala Bakar Chik cuba hendak menerangkan kepada Tuan Guru Yahya Osman bahawa Dr.Mujahid "membawa onar" kepada PAS,dalam hubungan menulis sebuah buku.Jawab Tuan Guru Yahya Osman kepada Bakar Chik,"Baguslah kalau dia(Dr.Mujahid)kritik ulamak PAS sekarang,ulamak kita pun dah ada yang belawok(menipu)".Nampaknya Mustafa Ali sudah cuba nak kaitkan perkataan "belawok" ni dengan isu lain untuk mengalih pandangan orang terhadap "onar" yang dia dan Geng UGnya bawa kedalam PAS.

Anak Ganung berkata...

Pelawok adalah perkataan yang membawa maksud "BERBOHONG" dalam loghat Terengganu dan Kelantan.Mustaffa Ali menggunakan perkataan ini didepan pendengar yang 100% orang Terengganu,tiada kaitan dengan apa yang matantiug ulas...

Tanpa Nama berkata...

aik! tiba2 je konar baring cikgu pa! bakal mb ganu ke? pas dah putuskan hanya satu kerusi bagi satu calun, sama ada dun atau parlimen. tapi pada pru 12, tn guru presiden bertanding di dun dan parlimen se kali gus. muslihat siapa? oleh kerana ada bisik2 cikgu pa minat nak jadi mb, lalu tn guru presiden bertanding di dun dan parlimen untuk mengabui rakyat marhaen dan penyokong pas ganu. ayat cikgu pa nak jadi mb dicover dengan tn guru presiden juga bertanding di dun. orang ganu dah dak amboh cikgu pa dan beberapa pemimpin yang lain. itulah sebabnya pas tidak mampu menawan semula terengganu pada pru 11 dan pru 12.

cikgu pa juga berperanan dalam "pertemuan dalam gelap" dengan umno. dia dan nasha mainkan tn guru presiden. sebab tu pintu 'kerajaan perpaduan' tak boleh tutup. kesian kat tn guru presiden, dikelenting cikgu pa dan nasha...

Tanpa Nama berkata...

di antara orang ganu dak amboh termasuk badan yang jumpa ustaz yahya dan tuduh mujahid buat onar dalam pas. jawapan yang diberi pleh ustaz yahya ibarat penumbuk sulung ke muka badan berkenaan.

pas buang masa dua tahun lebih untuk bertindak memperkasakan diri bagi mengambil alih tempat umno dan sekali gus dominan dalam pakatan rakyat. masa terbuang kerana silap mata "PDG" dan kerajaan perpaduan. ini lebih penting kepada mereka dari bertindak untuk memperkasakan pas. disember 2010 baru dapat diseminarkan "pas ganti umno" oleh pas ganu. kenapa pas ganu sahaja? begitulah pendeknya pemikiran pemimpin yang gila sangat kat perpaduan. parti yang jadi mangsa....

Tanpa Nama berkata...

ramai dari kepimpinan pas yang memenuhi hieraki pas pusat adalah dari ganu - terpilih/terlantik. bau pru 13 sudah terhidu.

'pas ganti umno' diseminarkan oleh pas ganu. tidak memeranjatkan kerana tohmahan bahawa pas pusat dikuasai oleh pas ganu kini terbukti benar. yang akan menghadapi pru 13 bukan pas ganu sahaja tetapi parti islam semalaysia, bukan parti islam ganu! apa yang berlaku di hadapan kita merungkai kenapa pas kaku dalam tindakan untuk memperkasakan pas.

agenda memperkasakan pas ganu pernah dibuat pada tahun 2006 bagi menghadapi pru 12 selepas kerajaan pas jatuh pada pru11. pru 12 diadakan pada tahun 2008. agenda tersebut tidak mendatangkan hasil yang diharapkan walaupun gerak kerja memperkasakan pas ganu bermula dalam tahun 2006.

seminar 'pas ganti umno' oleh pas ganu dilaksanakan pada disember 2010. mampukah cita2 pas ganu ini direalisasikan sedangkan pru mungkin berlaku pada 2011?

usul muktamar 57 berkaitan pru13 tidak kedengaran dibincangkan pelan tindakannya. dan sekarang pas ganu mahu 'ganti' umno! apakah perjuangan pas ganu mengharapkan kemenangan dari kemelut dalaman umno ganu?

jika demikian, perkara pmustahak yang perlu pas ganu lakukan adalah menggugurkan mereka2 yang orang ganu dak ambuh sebagai calon pru 13. pas ganu sudah tentu ada maklumat siapa2 mereka ini. jangan ingat maklumat itu tidak benar atau mengadakan survey sendiri bagi menidakkan maklumat yang ada dan mewujudkan finding bahawa 'mereka' masih diperlukan seperti yang pernah berlaku. pas ganu tentu sudah maklum.

matantiug berkata...

Anak Ganung 22.34(27/12)

Tuan Guru Yahya Osman dari Kelantanlah yang telah menggunakan perkataan "pelawok" kepada Bakar Chik.Sila rujuk komen Zainulfakar dalam laman Malaysian Waves mengenai pertemuan mereka berdua.
Benar Mustafa Ali menggunakan "pelawok" bila berucak kepada orang Trengganu.Jika dikaji kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Yahya Osman,siapakah yang sebenarnya "pelawok" tu?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....