Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 November 2010

Zaid Tarik Diri Bertanding Letak Semua Jawatan Parti,Ulasan Pemimpin PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.(Malaysiakini)
Sementara itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Datuk Zaid Ibrahim masih dalam saingan timbalan presiden memandangkan sekretariat pemilihan parti masih belum menerima notis yang beliau telah menarik diri daripada bertanding.
Bercakap kepada The Malaysian Insider Saifuddin berkata, pengumuman dibuat menerusi blognya pagi ini bukan satu notis rasmi untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu.
“Sehingga beliau menghantar notis rasmi, beliau masih kekal dalam persaingan. Media hanya memetik pengumuman beliau daripada blognya,” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Saifuddin menjelaskan, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan perlu menghantar notis rasmi kepada parti berhubung perkara tersebut.
Sehubungan itu, Saifuddin juga berkata, Zaid mempunyai segala hak untuk membuat keputusan sendiri.
Katanya, parti tiada rancangan untuk mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding ataupun dakwaannya bahawa wujud manipulasi dan kecacatan dalam proses pemilihan.
Dalam pengumuman dibuat awal pagi tadi, Zaid berkata beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.
“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.
Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.
Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.
Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Saifuddin menolak tanggapan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.
Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.
Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian, Azmin berada jauh di depan khususnya setelah pemilihan cabang-cabang di Sabah kelmarin dan semalam.
Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.
Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.
“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau.
“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Dr Molly Cheah mendakwa beliau tidak tahu-menahu tentang keputusan Zaid.
Beberapa pemimpin parti yang dihubungi The Malaysian Insider juga mengelak daripada mengulas isu itu dengan menjelaskan mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Zaid terlebih dahulu.
“Biar saya bercakap dengan Zaid, biar saya dengar daripada beliau terlebih dahulu,” kata Pengarah Strategi PKR, Chua Tian Chang, calon yang mendahului saingan naib presiden.
Seorang lagi calon naib presiden, N. Gobalakrishnan juga melahirkan pandangan yang sama.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....