Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 November 2010

Video : Zaid Sah Keluar PKR Berkuatkuasa 16 Disember,Tubuh Parti Baru



PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat secara rasminya mengisytiharkan keluar daripada parti itu - 18 bulan selepas menyertainya.

Surat mengenai keputusannya untuk meninggalkan PKR telah dihantar ke Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di Tropicana di sini, Zaid mengumumkan bahawa pengundurannya daripada PKR akan berkuat-kuasa pada 16 Disember depan.

"Tak ada apa-apa signifikan dengan tarikh 16 Disember, kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) suka tarikh 16 September...saya pula suka 16 Disember," katanya dalam nada sinis pada sidang akhbarnya itu.

Zaid sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan timbalan presiden minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kepimpinan parti yang didakwanya dicemari unsur penipuan.

Mengulas mengenai pengundurannya itu Zaid berkata beliau kecewa apabila beberapa pemimpin kanan PKR menuduhnya berniat jahat dan cuba merosakan parti.

"Saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini pengkianat parti dan berniat jahat.

"Jadi agaklah sukar untuk saya terus (berada) dalam parti di mana pemimpin-pemimpin kanan telah menganggap saya sebagai orang jahat, eloklah saya berhenti daripada parti ini," katanya.

Baca seterusnya..,.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

datang mu tak diundang, pergi mu tak dipaksa..

Tanpa Nama berkata...

terkilan sedikit je dh patah hati.. orang lain patah pinggang, ditelanjangkan, diabkan, tp masih kental meneruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa yang zaid inginkan... kita tengok pru13.. lawan zaid nanti hanyalah batu.. kita tengok zaid @ batu yang akan menang...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....