Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 10 November 2010

Video : Sosej Babi, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor Dihalau Keluar Dewan


 


KUALA LUMPUR, 10 Nov: Gara-gara menegur sikap ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad PAS- Kuala Selangor(gambar) dihalau keluar dewan.
Imbang Penuh
Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.

Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching).

Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dr Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Jaafar.

Speaker kemudiannya mengarahkan Dr Dzulkefly duduk namun tidak diendahkannya ekoran Zulkifli terus menyerangnya.
 
Ekoran itu, Speaker mengarah Dzulkefly keluar dewan.
"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.

Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan apakah Islam yang sebenar,” ujarnya.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg menjadi isu budak yg nak makan sosej babi tu ISLAM. Sy ulang ISLAM. BUkan masalah Zulkifli Nordin biadap ke aper.. Tp heran betul knape puak PAS dok sebuk nak bela budak ISLAM yu nak makan sosej babi..siap disalahkan cikgu yg menyebatnye. Agaknye da biase makan babi ngn DAP kot si Dzulkefly nih

Nih apesal posting nih tak tulis perkara betul. Nmpk sgt keautaanye haha...

cikgu berkata...

Laa..jgn le bengap sgt "tanpa nama " oii. Budak 10 tahun, tau apa ? Klau anak u 10 tahun (drjh 3) dibalun dgn rotan kerana x faham apa yang salah, mesti u bengang jugak. Undang2 sekolah, x boleh terus hukum, tapi dinasihati dulu. Bila engkar, buat lagi, baru dihukum. Sy percaya budak tu bukan Islam sabab fasiq mcmanapun muslim tersebut..ba alif ba ya...dia x usik !!
Zulnordin mmg hampeih !! Islam dia lagi ota.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....