Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 November 2010

Rasuah : Adun BN Negeri Sembilan Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim membela diri bagi tiga tuduhan membabitkan kes rasuah terhadapnya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata Hakim Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri berhubung ketiga-tiga pertuduhan.
Mengikut tuduhan pertama, Mustafa, 52, didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana secara rasuah pada 28 Ogos 2008 meminta melalui Mustafa Pendek suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.
Kesalahan itu dilakukan di Lot 1321 Mukim Pantai, Seremban.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) kerana secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.
Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos 2008.

Bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa dibawah Seksyen 10(a)(aa) apabila pada 30 Ogos 2008 secara rasuah meminta suapan RM2,000.00 daripada individu yang sama sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir dan tidak akan mengambil tindakan sekiranya menjual pasir tanpa permit.Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat BPR Negeri Sembilan.
Mahkamah Sesyen Seremban telah membebas dan melepaskan tertuduh dari ketiga-tiga pertuduhan pada 14 April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes ‘prima facie’.
Pihak pendakwaaan telah menfailkan rayuan selepas itu.
Pasukan pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke manakala tertuduh diwakili oleh Feisal Mustapha.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....