Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 November 2010

Lelaki Bakar Diri Halang Kuil Diroboh


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Seorang lelaki kritikal selepas bertindak nekad membakar dirinya bagi menghalang sebuah kuil di pusat bandar Puchong dirobohkan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata lelaki tersebut, M. Chakragunasegaran, 52, melecur di muka serta beberapa bahagian badannya, berjaya diselamatkan orang ramai dan sedang dirawat di Hospital Serdang.

“Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika lebih kurang 200 orang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan, dan lelaki itu (yang) menjerit-jerit jangan roboh, jangan roboh, tiba-tiba membakar dirinya.

“Lelaki itu lalu pengsan dan diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, dan dikejarkan ke Hospital Serdang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Puchong dan siasatan masih dijalankan.

Abdul Razak berkata selepas insiden berkenaan, kerja-kerja meroboh sebahagian daripada kuil itu berjalan lancar.

Difahamkan, notis arahan yang dikeluarkan MPSJ pada 26 Oktober lepas kepada anggota persatuan kuil itu, telah memberi tempoh tujuh hari untuk berpindah kerana sebuah tadika akan dibina di kawasan tersebut.

Sementara itu, adik lelaki itu, M. Alagan, 45, memberitahu Bernama bahawa abangnya bertindak demikian kerana bimbang kuil berusia 10 tahun itu akan dirobohkan pihak berkuasa.

“Apa yang saya boleh beritahu, abang saya kini masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) hospital itu,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....