Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kes Sosilawati : Hubungan Suspek Utama dengan seorang ADUN akan didedah

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ahli Parlimen S Manikavasagam(gambar) berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.

"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.

Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.- TVS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam buat pemilik blog ini..mohon tumpang promosi..

Dengan modal RM 287.00, miliki 41,800 Dinar Iraq - anda akan menebus kerugian lama anda yang bernilai RM 146,300.00 (Satu Ratus Empat Puluh Ribu..) !!

Amir Razain berkata...

Biarkan Polis & mereka yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Kita cuma perlu berdoa agar kes ini selesai dgn keputusan yang baik.
View Profile: Mohd Amir®

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....