Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 25 Ogos 2010

Isu khutbah: Apakah ‘Salam 1 Malaysia’ juga haram, soal Dr Asri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Di sebalik kontroversi doa dan isu khutbah, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan mengapa salam baru — “Salam 1 Malaysia” yang turut didakwa mendoakan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat berbilang kaum tidak diharamkan jika ia bertentangan dengan hukum Islam.
Sehubungan itu, kata Asri (gambar), ahli-ahli politik tidak kira fahaman politik seharusnya mengelakkan fatwa-fatwa yang tidak konsisten yang beliau sifatkan sebagai “fatwa ala Taliban.”
Beliau percaya bahawa ekoran isu khutbah sekarang kemungkinan ada fatwa-fatwa baru akan dikeluarkan dan ia seharusnya tidak mencetuskan suasana “porak-peranda dan prejudis.”
“Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim.
“Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa,” katanya.
“Salam 1 Malaysia” menjadi ucapan yang diamalkan sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.
“Semua parti politik utama bagi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu Umno dan PAS hendaklah mengelakkan fatwa yang tidak serasi dengan keharmonian dan kehidupan negra ini, dalam konteks Malaysia... kerana Islam itu mengutamakan keamanan dan kedamaian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Asri menjelaskan, di Malaysia secara praktiknya, orang ramai sudah biasa dengan amalan memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”.
“Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja.
“Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’,” katanya.
Justeru soal Asri, tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka.
“Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?” kata tokoh agama ini yang lazimnya melontarkan pandangan-pandangan dilihat ‘progresif’.

Dalam tulisannya itu di bawah tajuk “Doa untuk bukan bukan Muslim: Bicara harmoni buat Mufti Perak”, tambah Asri, para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup.
“Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan,” katanya lagi.
Asri menambah, pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara ini khususnya dalam dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
“Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya.
“Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu,” katanya.
Asri berkata beliau akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian.
Katanya, doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik dan juga mungkin tujuan kempen politik.
“Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana,” katanya lagi.
Sehubungan itu Asri menjelaskan, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredahan sesuatu pihak semata.
Jelas beliau, hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian.
“Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda.
“Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?
“Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?” ujar beliau lagi.
Asri juga berkata, “perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini.”
“Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.TMI

1 ulasan:

biarikhlas berkata...

Apa yang dipertikaikan dalam isu khutbah di pulau pinang adalah soal menukar nama YDP Agong kepada nama Lim Guan Eng. Bukan isu soal halal haram. Tak macam ni lah,, Kita lantik je LIM GUAN ENG< ATAU KIT SIANG ATAU KARPAL SINGH tu jadi YDP Agong bolehhhhhhhhhhhhh. Kenapa selama yang dok kata pemimpin BN tak elok, tak bersih, tak beriman, kenapa tak pulak nak mendoakan agar ditunjuk jalan yang lurus. Kan Tok Guru- Tok Guru, Ulama tersohor, Mufti dan bekas Mufti dalam Pas doanya makbul, mengapa tak nak doakan pemimpin BN agar diberi pertunjuk. Barulah betul keikhlasan ulama dan tok2 guru sekelian

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....