Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Julai 2010

Tok Guru Nik Aziz Tidak Akan Bincang Politik Dengan Muhyiddin


KOTA BARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pada Jumaat ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, Pas sudah menutup pintu untuk berunding."

"Tapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara Pas dan Umno kerana Pas sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi Umno tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....