Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 Julai 2010

Parti Baru Ditubuh Di Sarawak, Taib Mahmud Berdepan Bekas Penyokong


Sarawak yang kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri dalam waktu terdekat ini menyaksikan kemunculan parti baru, yang ditubuhkan oleh bekas penyokong Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud yang sudah memimpin hampir tiga dekad.
Bagaimanapun entiti baru ini — Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERS) — belum didaftarkan lagi.
Pemimpin-pemimpin parti itu terdiri daripada bekas anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Taib, sekali gus dilihat sebagai bakal memberi cabaran kepiminan beliau dalam pilihan raya negeri.
Parti ini berhasrat untuk meletakkan calon di kesemua kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, negeri yang dianggap selamat bagi Barisan Nasional (BN) sekian lama.
Bagaimanapun PERS berkata, mereka bersedia bekerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan ikatan yang lebih kukuh.

Pemimpin-pemimpin PERS berkata mereka sedang mengendalikan aktiviti mereka sebagai sebuah entiti perniagaan — Projek Ekonomi Rakyat Sarawak Sdn Bhd.
Setiausaha penaja PERS, Mohammad Nor Bakri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sudah mengenal pasti calon-calon untuk diturunkan di kesemua 71 kerusi yang bakal dipertandingkan.Kata beliau, kebanyakan calon berpotensi adalah dari PBB.
“Kami menubuhkan parti untuk berjuang bagi hak-hak ekonomi rakyat Sarawak dan mahu berjuang demi kepentingan golongan yang tanah mereka telah dirampas,” kata Mohammad Nor.
Katanya, beberapa calon yang berpotensi parti itu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan salah seorang daripada mereka telah kehilangan 99 ekar tanah, yang diambil untuk ditanam kelapa sawit.Penubuhan parti itu akan diumumkan secara rasmi di Kuching, Sabtu ini.
(Malaysia Insider)

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....