Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 13 Julai 2010

Berahim Ali Cadang Beruk Main Bola Kat Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.
Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
"Kita tahu bahawa semua binatang walaupun liar tetapi sudah terbukti boleh dijinakkan dan boleh dilatih. Saya nak tahu adakah kementerian bercadang memberikan subsidi atau apa-apa jua bentuk bantuan kepada rakyat atau mana-mana pihak untuk menjinakkan binatang seperti gajah, beruk dan monyet.
"Contohnya macam gajah, beruk dan monyet ini boleh dilatih main bola. Saya percaya bila dah pandai main bola, boleh dieksport atau boleh dijadikan tarikan pelancongan. Mana tahu esok-esok ada pertandingan beruk Kelatan lawan beruk Selangor di Bukit Jalil," katanya yang mengundang ketawa Anggota Parlimen yang ada.
Nasib spesies haiwan itu turut menjadi tumpuan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan isu berhubung kezaliman manusia terhadap kera sehingga ada yang sanggup memakan otak haiwan itu yang masih hidup semata-mata percaya ia mampu memanjangkan umur serta meningkatkan syahwat untuk lelaki.
"Mengikut cerita kawan-kawan, kepalanya dipotong separuh dan diletak straw dan disedut oleh manusia yang melanggan kera di restoran. Harap ini tidak berlaku di negara kita. Jangan biarkan kelakuan zalim ini berlaku," katanya.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) pula mencadangkan supaya haiwan ini ditempatkan di sebuah pulau yang dikhaskan bagi memastikan ia tidak lagi menganggu manusia dan tidak memusnahkan tanaman.
Isu kera dan monyet dibahaskan panjang lebar oleh beberapa Anggota Parlimen sehingga Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan merekamenghentikannya dan mengesyorkan agar kementerian mengadakan sesi khusus untuk berbincang mengenainya.
Uggah, yang menggulung perbahasan itu, secara berseloroh berharap suatu hari nanti beruk di Selangor dan beruk di Kelantan boleh bertanding.
"Mungkin kita boleh mulakan di Pasir Mas dahululah...ada beruk ke di Pasir Mas?" katanya yang disambut cadangan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut)supaya Ibrahim menjadi jurulatih haiwan berkenaan, yang kemudian mendapat sorakan anggota dewan.
Menjawab soalan yang dibangkitkan Mohamad pula, Uggah berkata atas dasar tersebut, kerajaan memutuskan untuk tidak mengeksport kera ke luar negara kerana bimbang haiwan berkenaan akan dijadikan makanan eksotik kepada sesetengah negara selain ia memberikan imej yang buruk kepada negara.
Katanya kementerian sedang mengenal pasti beberapa pulau untuk dijadikan santuari kera yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
"Kita ada lebih 1,000 pulau di perairan di negara ini dan kita nak pilih tempat sesuai untuk dijadikan santuari kera. Kerajaan pandang konflik antara manusia dan kera perlu diselesaikan dan harap dapat mencari pulau dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, dalam penggulungan rang undang-undang itu, Uggah berkata sebanyak 35 kawasan di negara ini yang meliputi keluasan tanah sebanyak 714,253 hektar telah diwarta sebagai taman negara atau simpanan untuk hidupan liar.
Adalah dianggarkan kini terdapat 50 hingga 70 ekor badak sumatera, 400 hingga 600 ekor harimau belang, 1,200 hingga 1,500 ekor gajah, 270 hingga 330 ekorseladang dan 1,100 hingga 1,500 tapir terdapat di negara ini pada masa ini.
Uggah berkata daripada satu kajian pada Julai 2007, dianggarkan populasi kera ialah sebanyak 740,000 dan daripada jumlah itu sebanyak 262,000 adalah populasi "kera yang bermasalah".
"Memang kita akui konflik manusia-kera adalah satu perkara atau masalah yang rumit untuk selesaikan kerana populasi bertambah dengan begitu banyak sekali. Jadi kita mengalu-alukan apa-apa jua cadangan yang boleh digunakan untuk atasi masalah kera ini," katanya.
Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan beberapa pindaan. - BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sungguh "bernas" cadangan Brahim ni.Setuju beruk main bola dan pengadilnya KATAK.Jadi linesmen juga katak,tukang angkat air pun katak.Sudah cukup 4 ekor katak yang ada.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....