Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Jun 2010

Sayap bukan Islam PAS diberi hak mengundi selepas PRU-13?

Ahli DHPP pada Majlis Perasmian Dewan itu bulan lalu

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dilancarkan bulan lalu sebagai sayap baru parti Islam itu, dijangka akan menerima hak mengundi untuk memilih barisan kepimpinan pusat selepas pilihan raya umum ke-13.
Meskipun wujud sedikit kesangsian berhubung arah aliran orang Melayu kepada PAS ekoran sikap pragmatik parti itu menerima bukan Islam sebagai ahlinya, rata-rata pemimpin kanan termasuk dari Dewan Ulama optimistik hak mengundi akan diberikan dalam waktu terdekat.
Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau menjangkakan hak itu akan diperoleh dalam tempoh kurang tiga tahun akan datang.
“Saya meraskaan dalam dua tiga tahun ini, ya, saya yakin selepas pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dengan merujuk kepada tahap komitmen mereka kepada PAS.
“Bergantung kepada penilaian komitmen... bukannya penilaian ke atas prestasi (calon bukan Islam) dalam pilihan raya nanti, sebab menang atau kalau merupakan sesuatu yang turun naik (dalam politik), tetapi saya percaya Dewan Himpunan Penyokong patut diberi hak untuk mengundi,” kata beliau dengan berkata sayap ini sepatutnya telah dibentuk lebih awal lagi.

Ketika diajukan persoalan sama ada Dewan Himpunan Penyokong PAS wajar diberi hak mengundi, Mahfuz berkata, “ia satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak... kini ia berada di satu peringkat permulaan.”
Dewan Himpunan Penyokong PAS ini muncul selepas keputusan parti itu menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS, yang ditubuhkan pada 2002.
Ia kini mempunyai 20,000 ahli. Kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS mahu menambah ahlinya menjadi 30,000 menjelang hujung tahun ini.
Ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-56 baru-baru ini 15 ahli dewan itu hadir sebagai pemerhati rasmi buat julung kali.
PAS juga akan memilih beberapa wakil sayap ini sebagai calonnya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka akan bertanding di bawah lambing ‘Bulan’.
Bendahari PAS Terengganu Mohd Wahid Endut berkata, Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai satu permulaan yang baik dengan 20,000 orang pengikut sekarang.
Katanya, Dewan Himpunan Penyokong PAS akan memainkan peranan penting dalam suasana politik 65 peratus pengundi merupakan orang Melayu, di mana Umno menganggap sebagai deposit kekal selama ini.
“Tidak salah (untuk memberi kuasa mengundi);... perkara ini boleh difikirkan secara berperingkat-peringkat,” katanya.
“Saya merasakan ini baru satu permulaan, bermakna tidak salah., di mana mereka akan mengundi atas nama, sekurang-kurangnya memilih barisan kepimpinan mengikut isu-isu semasa,” kata beliau sambil menambah, peruntukan-peruntukan baru boleh ditambah dari semasa ke semasa.
“Sebagai contoh Pakatan Rakyat pun hanya terbentuk selepas pilihan raya umum 2008... slogan PAS ialah parti untuk semua, keadilan untuk semua,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dipilih menerusi pilihan raya kecil awal tahun lalu.
Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad juga tidak menolak kemungkinan tersebut berdasarkan kemajuan fizikal organisasi yang dilalui parti itu sejak enam dekad lalu.
PAS akan menyambut ulang tahun penubuhannya ke-60 tahun depan.
Dengan menggunakan rujukan PAS pernah membincangkan perkara menerima bukan Islam sebagai ahli lebih tiga dekad lalu tetapi hanya menjadi kenyataan sekarang, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini percaya kemungkinan itu akan menjadi kenyataan.
“PAS merupakan sebuah parti yang akan menerima perubahan tetapi ia akan mengambil masa... begitu juga unit baru seni yang hanya ditubuhkan sekarang selepas idea ini dibangkitkan lapan tahun lalu dan dibantah awalnya,” kata beliau yang kini mempengerusikan Lajnah Seni dan Budaya PAS.
Dzulkefly yang juga bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat membangkitkan idea keperluan mengisi ruang seni dan budaya dalam PAS awal dekad ini.
Dalam pada itu Setiausaha Majlis Syura PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh juga melahirkan pendirian positif ke arah memberi hak mengundi kepada Dewan Himpunan Penyokong dalam pemilihan pusat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama berkata perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS boleh memilih pemimpin satu hari nanti kerana ia tidak bercanggah dengan peruntukan ajaran Islam.
Dewan Ulama mempunyai kata putus dalam menentukan dasar-dasar PAS.
Sambil melahirkan keyakinan kepada kemungkinan itu Nik Muhammad Zawawi berkata, Dewan Ulama PAS akan mempertimbangkan hak mengundi selepas ini.
“Kita yakin ahli bukan Islam boleh diberikan hak untuk memilih pemimpin... ini kerana Islam adalah untuk semua, mereka boleh memilih dan mengundi,” kata Nik Muhammad Zawawi yang memainkan peranan penting dalam menyediakan kertas kerja Dewan Ulama PAS untuk menaikkan taraf sayap bukan Islam itu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....