Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Jun 2010

PRU-13: Calon PAS bukan Islam mungkin wajib ambil ikrar


Ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS turut menghadiri muktamar PAS di Kota Baru, 11 Jun 2010. — Gambar oleh Choo Choy May

KOTA BARU-Calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti.
Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak.
“Kita akan adakan perjanjian, ikrar boleh dibuat... saya percaya mereka yang ada moral tidak akan lompat parti,” kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-56 di sini hari ini.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika ditanya pendekatan yang akan diambil parti itu memandangkan PAS juga mengamalkan ikrar baiyah bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat kepada parti.

“Saya tak boleh jawab kemungkinan (melompat parti) tetapi saya boleh mengatakan kita mengenakan syarat iaitu mereka mesti menerima dasar dan perjuangan PAS dan keduanya kita akan memilih mereka dari latar belakang akhlak yang mulia, kita yakin dia tidak akan lompat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai penggunaan simbol, Hadi berkata, “Majlis Syura sudah membenarkan calon-calon bukan Islam menggunakannya dalam pilihan raya umum akan datang, berpandukan kepada kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat, kita telah meluluskan untuk membenarkan guna lambang dalam pilihan raya akan datang.”
Jelas beliau, keputusan itu berlainan berbanding dengan langkah ketika pilihan raya umum lalu di mana PAS membenarkan calon bukan Islam bertanding tetapi menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR).
PAS buat pertama kali membenarkan seorang calon bukan Islam bertanding pilihan raya umum lalu iaitu di Johor tetapi tewas.
Mengenai kriteria pula jelas Hadi, bakal calon bukan Islam itu seharusnya mereka yang sedia menerima dasar perjuangan PAS.
“Mereka mestilah bermoral tinggi, berakhlak baik, yang saya yakin mereka setia dengan perjuangan kita,” katanya.
Berhubung jumlah kerusi, Hadi menjelaskan, ia bergantung pada “suasana dan keadaan.”
“Negeri-negeri (yang akan ditandingi)... itu akan kita pantau, lihat perkembangan,” kata beliau sambil menambah calon-calon berkenaan akan bertanding di kawasan majoriti bukan Islam.
PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS akhir bulan lalu dengan menaik taraf Kelab Penyokong PAS yang bergerak sejak 2004 dengan keahlian kini dianggarkan 20,000.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....