Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Jun 2010

Judi Sukan, BERJAYA atau Najib yang Berbohong?


KUALA LUMPUR : Sekiranya Perdana Menteri, Najib Razak tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan, beliau boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen (AP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua, kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Dalam satu notis BERJAYA kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, padanya menyebut,'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Salinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....