Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Mei 2010

Jangan Pujuk Saya Tinggalkan PKR !!!-Manikavasagam

KLANG, 18 Mei: "Jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa saya," nasihat anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam kepada pihak yang cuba untuk melagakan beliau dengan pucuk pimpinan PKR atau kerajaan negeri Selangor.

Ini kerana, katanya, beliau akan sentiasa bersama dengan pucuk pimpinan dan taat setia kepada PKR.

"Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti iaitu untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah," kata Manikavasagam atau lebih dikenali dengan Mike dalam satu kenyataan ringkasnya.

Mike (gambar) berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merumuskan laporan beliau akan disiasat secara telus dan terperinci.

"Justeru itu saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan isu ini kepada Ketua Umum Parti untuk tindakan selanjutnya," kata Mike.

Mike mengulas langkah sesetengah pihak yang sedang giat memujuk agar beliau meninggal PKR dan menjadi calon bebas menyokong Umno sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa anggota Parlimen dan Adun PKR sebelum ini.Salah seorang darinya adalah bekas pemimpin kanan PKR sendiri.


Ini ekoran tindakan beliau mendedahkan kononnya berlaku penyelewengan dalam projek pasir di Selangor yang dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Ekoran itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah bersetuju agar laporan polis dibuat dan kerajaan sendiri telah mengarahkan Selcat menyiasat dakwaan ini.

KSSB telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengendalikan pengambilan dan penjualan pasir di negeri Selangor ekoran perniagaan itu menjadi satu sumber kewangan yang besar dan terdedah kepada kecurian pasir yang merata-rata.

Hasil dari keuntungan KSSB telah digunakan oleh kerajaan negeri untuk membiayai projek Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang bertujuan untuk membahagikan ekonomi Selangor kepada semua rakyat.

Antaranya adalah air percuma untuk 20 meter padu pertama atau kira-kira RM11 sebulan untuk semua rakyat negeri Selangor.

Mike mendakwa, beliau diberikan maklumat berlaku penyelewengan dalam syarikat ini dan mendakwa sekurang-kurangnya tiga nama terlibat. Beliau telah membuat laporan polis atas persetujuan MB Selangor.
KSSB dalam satu kenyataannya telah menafikan tuduhan itu dan akan mempertimbangkan tindakan saman terhadap Mike jika ia tidak ditarik balik.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....