Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 April 2010

PRK Hulu Selangor:Pakatan Sangsi Kewujudan 2561 Pengundi Baru

SHAH ALAM, 4 April — Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”
Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.
“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.
“Kita (PKR) juga akan membincangkan, membentangkan laporan mengenai ini esok (hari ini),” kata beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.
“Kita sangsi, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah ini,” kata beliau.
Berdasarkan daftar induk terkini, kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Daripada jumlah tersebut, seramai 2,561 merupakan pengundi baru manakala mereka yang menukar alamat pula adalah seramai 1,343 orang.
Seramai 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.
Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
Abdullah Sani berkata, walaupun peningkatan 2,561 pengundi baru itu boleh mempengaruhi arah aliran pengundian tetapi masih yakin PR-PKR boleh mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 8 Mac 2008.
“Kami cukup yakin untuk menang, saya percaya akan mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding dua tahun lalu,” kata beliau.
Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi.
-themalaysianinsider

1 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
"Daftar Pemilih yang disahkan pada Disember 2009 yang menyaksikan 65,058 pengundi layak membuang undi."(muskhil lebihan 2500 undian)
Kalau pihak Pakatan Rakyat sangsi dengan jumlah para pengundi di Parlimen Hulu Selangor, soalannya kenapa ahli2 Pakatan Rakyat tidak bertindak atau mengarahkan ahli2nya untuk buat bancian atau summon atau survey setiap pengundi baik yang beralamat tetap di Hulu Selangor atau pada para pengundi diluar kawasan tapi beralamat di Hulu Selangor .Jangan nak bagi alasan kerana tidak cukup kakitangan dan perut. Walhal kita tahu setiap kawasan atau diluar kawasan ada cawangan masing2 baik dari DAP , PKR ,mahupun PAS . Takkan semua ahli di cawangan masing2 duk dengar ceramah je. Apa yang telah dibuat oleh AJK setiap parti Pakatan Rakyat dari PR UMUM 12 sehingga Disember 2009 perihal perkara (Pengundi Hantu )yang di war warkan setiap kali Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan raya Umum .Asyik komplain komplain komplain , dok dengar ceramah tak habis habis .Pi la cek kat Pendaftaran Negara sama ada pengundi2 tersebut masih hidup atau dah mati . Buat kerja jangan nak komplain e2 eni . Sampai bila nak mengadu domba pasal pengundi Hantu ni ?????????????????????????????

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....