Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 April 2010

Eksklusif : Gambar Untuk Tatapan Berahim Ali


PUTRAJAYA, 28 Apr -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan mok cek bernilai RM3 juta kepada Pengurus Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Ng Tek Kui dan Guru Besar SJKC Rasa, Ng Kin Mooi (dua kiri) pada majlis penyampaian cek bernilai RM 3 Juta kepada SJKC Rasa di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. Turut sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (tiga kiri) dan Pengerusi PIBG SJKC Rasa, Lee Kheng Hong (kiri). Peruntukan itu bagi menaik taraf sekolah berkenaan yang kini berusia lebih 80 tahun itu. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA


Keh..keh.. keh sebelum ini Berahim Ali yang berkempen bertungkus lumus untuk BN di Hulu Selangor kemain lagi desak BN supaya tangguh bantuan untuk kaum cina,,BACA DI SINI,, kerana Kaum Cina menolak BN dalam PRK tersebut katanya.Kenyataan itu serta merta di jawab pemimpin BN,,BACA DI SINI,,bahkan Najib mendahului kaum Cina dalam memberi bantuan dan ini adalah jawapan Najib untuk Berahim Ali(Gambar di atas).Satu tamparan hebat buat Berahim Ali.Seperti kata P. Ramlee ,terkelepap jatuh atas muka director Ahmad Nispu, sama lah tu keh..keh..keh..Ketahuilah olehmu wahai Berahim Ali bahawa kamu tidak mempunyai apa apa nilai di mata BN.Hanya Pas yang bermurah hati menyelamatkan karier politik kamu !!! seperti melepaskan anjing tersepit,dasar kacang lupakan kulit.Akhirnya siapalah kamu di hati Najib,hanya melukut di tepi gantang!!! ha..ha..ha.. padan muka!!!

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....