Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 Mac 2010

Ibrahim Ali Mahu Saman The Sun

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sun kerana mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan nama beliau.
Menurut Ibrahim, tindakan itu juga diambil ekoran laporan akhbar tabloid berkenaan yang mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihatkan beliau kerana bersikap ultra Melayu dan melampau dalam memperjuangkan hak bumiputera.
“Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda mengatakan saya ultra Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya Tuanku menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini.
“Saya berpendapat penyiaran laporan tersebut berniat jahat dan ada agenda tertentu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas berkata, beliau sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu.

“Saya tidak tahu di mana mereka mendapat maklumat dan apa tujuan mereka membuat kenyataan mengenai keberangkatan Sultan Selangor ke mesyuarat agung Perkasa yang pertama dan mendakwa baginda telah menasihati saya kerana bersikap ultra Melayu dalam memperjuangkan hak bumiputera,” katanya.
Sementara itu, Pejabat Sultan Selangor hari ini telah mengeluarkan surat yang menjelaskan bahawa pertubuhan itu tidak menggunakan nama Sultan Selangor dengan menghantar kad-kad jemputan ke majlis perasmian mesyuarat agung pertama pertubuhan itu tanpa perkenan baginda pada 27 Mac ini.
Sebaliknya Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, sememangnya berdasarkan perancangan asal Sultan Selangor berkenan untuk berangkat merasmikan mesyuarat agung berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, baginda telah dinasihati supaya tidak berangkat ke majlis tersebut kerana dibimbangi kehadiran Tuanku akan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh pihak-pihak tertentu bahawa istana terlibat secara tidak langsung dengan politik.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, peguam yang mewakili beliau akan meminta akhbar tabloid memohon maaf secara terbuka kerana ia telah menjejaskan nama baik dan kredibilti beliau sebagai Presiden Perkasa.
“Jika tidak, kita mungkin akan teruskan dengan tindakan untuk menyaman mereka (The Sun). Namun sekiranya mereka membuat permohonan maaf dibuat, kita akan melihatnya terlebih dahulu.
“Berita sebegini bukan hanya menjejaskan kredibiliti saya malah ia juga merosakkan nama baik istana,” katanya.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....