Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Februari 2010

Zul Nordin Selar Tok Guru Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.
Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.
"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.
"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.
Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.
"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.Mstar

Ulasan Tinta Hijau DKB

Nampaknya Zul Nordin memang buta sejarah.Benar Pas pernah menyertai BN pada tahun 70 an dulu.Tapi perbincangan telah di adakan dengan akar umbi sehingga Pas telah mengadakan satu Muktamar Khas meminta persetujuan ahli untuk menyertai BN.Adakah zahrain pernah mengadakan Majlis seumpamanya meminta persetujuan Pengundinya untuk krluar PKR.Isu ini adalah dua perkara yang berbeza.Nampaknya sesudah habis idea untuk menyerang PKR dan pimpinannya kini beliau menghala senjata untuk menyerang Mursyidul Am Pas pula.Benarlah beliau merupakan liabiliti pada PAKATAN.Beliau merupakan senjata sulit UMNO dalam melemahkan PAKATAN.
Berdasarkan prinsip beliau yang katanya tidak mengikut Parti secara membabi buta,ambo cadangkan untuk pilihanraya akan datang Zul bertandinglah sebagai calon Bebas kalau nak bertanding kat Kelantan pun boleh...kita tengoklah nanti.Kalau beliau menang beliau memang hebat.Tapi kalau kalah tahulah kamu wahai Zul Nordin langit tu tinggi ke rendah.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....