Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 3 Januari 2010

Zainal tidak lepaskan kerusi Parlimen Hulu Selangor -Khalid Ibrahim


HULU SELANGOR, Jan 3 — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad tidak akan melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu ekoran masalah kesihatan yang sedang beliau lalui sekarang.

“Dr. Zainal akan kembali bertugas,” kata beliau sambil menolak khabar angin akan ada pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

Khalid berucap pada majlis makan malam di bahagian Parlimen yang kini diwakili oleh Zainal, bekas timbalan menteri besar Selangor ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), di sini semalam.

Sehubungan itu Khalid berkata Pakatan Rakyat tidak khuatir untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya diadakan satu pilihan raya kecil di kawasan itu

Bagaimanapun tegas beliau, tiada keperluan ke arah itu buat masa sekarang.

Majlis makan malam itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa dengan dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen PKR tetapi penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zainal tidak hadir.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin Zainal mengesahkan beliau tidak akan menghadiri majlis itu kerana sibuk dengan urusan perkahwinan anak perempuannya.

Bagaimanapun Zainal memberitahu beliau akan diwakili oleh pegawai khasnya bagi mengelakkan spekulasi.

Zainal juga menafikan desas-desus beliau akan melepaskan kerusinya ekoran masalah kesihatan yang berpanjangan.

Sebaliknya beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat bahagian itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Wakil rakyat PKR itu juga menyangkal bahawa beliau telah meminta Anwar mengumumkan kononnya mahu bersara sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Dalam pada itu Ahli Parlmen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian berkata, Zainal sedang pulih daripada pembedahan dan sedang berehat di rumah atas “nasihat doktor.”

“Saya bercakap dengan beliau tadi dan tidak akan ada pengumuman bahawa beliau akan meletakkan jawatan,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis itu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....