Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 Januari 2010

Salehuddin harap mesyuarat PKR malam ini terima surat letak jawatan

KUALA LUMPUR, Jan 9 — Datuk Salehuddin Hashim mengulangi beliau tidak akan menarik balik keputusannya untuk melepaskan jawatan setiausaha agung parti itu berkuat kuasa hujung bulan ini.
Setiausaha agung sejak April 2008 itu menegaskan pendiriannya itu ketika Biro Politik parti itu, yang dijadual bermesyuarat malam ini, dijangka membincangkan sama ada menerima keputusan beliau ataupun sebaliknya.
“Saya sudah pun memutuskan untuk meletakkan jawatan... saya tidak mahu menarik balik surat letak jawatan saya,” kata beliau.
Kata Salehuddin, yang juga merupakan setiausaha pengelola sejak 2004 sebelum dilantik sebagai setiausaha agung berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira kedudukannya dan “kini masa untuk parti bergerak ke depan.”

“Saya merayu kepada kawan-kawan saya di dalam parti dan pemimpin parti agar memudahcarakan keputusan saya untuk pergi (melepaskan jawatan),” katanya lagi.
Biro Politik PKR akan membincangkan sama ada menerima atau tidak menerima keputusan Salehuddin malam ini.
Beliau menghantar surat letak jawatan pada pukul 5 petang kelmarin.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata beliau telah menerima melalui emel salinan notis peletakan jawatan sebagai setiausaha agung daripada  Salehuddin.
“Notis itu dihantar kepada Presiden Dr Wan Azizah Ismail, dan Ketua Umum Saudara Anwar Ibrahim.
“Saya percaya mereka juga sudah menerima notis itu,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Syed Husin menambah, mengikut Salehuddin notis berkuat kuasa mulai 31 Jan ini.
“Beliau tidak memberikan apa-apa alasan meletak jawatan. Kebetulannya esok (hari ini) Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat mengadakan mesyuarat biasanya.
“Biro Politik akan membincangkan notis tersebut dan mengambil keputusan sama ada hendak menerima atau tidak peletakan jawatan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar yang juga penasihat PKR menyangkal spekulasi bahawa partinya kini berhadapan dengan krisis ekoran keputusan Salehuddin mahu melepaskan jawatannya.
“Beliau telah lama memberitahu kami bahawa beliau mahu melepaskan jawatannya.
“Bagaimanapun kami akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat tidak lama lagi,” kata penasihat ekonomi negeri Selangor ini selepas menemui penduduk di Subang hari ini.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....