Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 November 2009

Kota Siputeh: SPR diarah adakan pilihan raya kecil, BN akan kemukakan rayuan

KUALA LUMPUR, Nov 16 - Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah yang menjadi pertikaian antara Speaker dan badan itu.

Keputusan itu yang diumumkan lewat petang tadi membuka laluan bagi pilihan raya kecil yang ke-10 sejak Mac 2008.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun peguam bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi itu, Datuk Abu Hasan Sarif dari BN, Datuk Hafarizam Harun mengesahkan yang pihaknya akan mengemukakan rayuan esok.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa SPR telah mengatasi kuasa Speaker apabila ia membuat keputusan agar Abu Hassan mengekalkan kerusinya meskipun ia telah dianggap kosong.

Alizatul berkata, peguam plaintif telah membuktikan yang Abu Hassan tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut tanpa keizinan Speaker.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mempertikaikan status Abu Hasan selepas SPR memutuskan kerusi itu tidak mengalami kekosongan dengan beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah.

Dalam pada itu, Abd Isa menyifatkan keputusan mahkamah hari ini sebagai adil berdasarkan fakta yang telahdikemukakan kepada mahkamah.

“Saya yakin mahkamah telah membuat keputusan yang adil,” kata beliau yang mahu menunggu perkembangan selanjutnya.

Speaker diwakili oleh peguam Sulaiman Abdullah.

Pada 18 Ogos lalu, Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tahun ini.

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Sebaliknya Abu Hassan menjelaskan, beliau telah mengemukakan surat sakit bagi membuktikan sebab ketidakhadirannya pada sidang DUN tempoh hari.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadual bersidang esok.

DUN Kedah akan bersidang mulai esok bagi membentangkan bajet negeri 2010.

Dalam pada itu, Abu Hasan kelihatan menunggu dengan penuh sabar hampir tiga jam keputusan mahkamah dengan ditemani penyokong dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun Abu Hassan kelihatan kecewa sebaik sahaja keputusan diumumkan.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada peguam saya untuk membuat rayuan mengikut lunas perundangan,” kata beliau kepada wartawan.

Ketika ditanya sama ada beliau sedih dengan keputusan itu, beliau menjawab: “ia normal bagi seorang ahli politik.”TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....