Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 November 2009

DUN Kota Siputeh: SPR minta nasihat Peguam Negara


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Kita perlu meminta nasihat Peguam Negara terlebih dulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

“Kita mahu lihat sama ada SPR mempunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan),” katanya, semalam.

“Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 September lalu memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan Bajet DUN Kedah yang dijadual tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.

“Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 November ini,” katanya.

Menteri Besar, Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan Kerajaan Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.

Katanya, Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan hilang kelayakan sebagai Adun kerana tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker. - Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....