Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Ust Salleh Man yakin menang di Permatang Pasir





BUKIT MERTAJAM - Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man yakin parti itu dapat mempertahankan kerusi berkenaan, 25 Ogos ini.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kekuatan Pas di kawasan berkenaan, yang juga satu-satunya kubu parti itu di Pulau Pinang.

Menurutnya, kejayaan penyandang kerusi DUN Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mempertahankan kawasan itu selama tiga penggal berturut-turut akan diulangi pada pilihan raya kali ini.

“Kawasan ini adalah kubu kuat Pas dan dengan sokongan jentera Pakatan Rakyat, saya percaya kami mampu mempertahankan kerusi itu.

“Saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan kepada saya, terutama pimpinan yang hadir,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di sini, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pula berkata, Pas tetap yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan sokongan yang diberikan Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas mendapat sokongan yang hebat dari pelbagai pemimpin dari ketiga-tiga parti dalam PR dan Pas tetap yakin akan dapat mengekalkan kerusi itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jentera Pas yang dibantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pastinya akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Pas.

“Saya berasa yakin dengan calon Ustaz Mohd Salleh Man yang kita tonjolkan dan bantuan padu yang diberikan Pakatan Rakyat, Pas pasti akan memenangi kerusi ini,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas mungkin tidak mampu mempertahankan majoriti yang dicapainya pada pilihan raya umum lalu kerana yakin Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai taktik dan jentera kerajaan untuk meraih undi.

Bagaimanapun, beliau berpendapat isu pembatalan lesen peguam sivil calon BN, Rohaizat Othman memberi kelebihan kepada Pas untuk membuktikan bahawa calon mereka lebih sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu itu membolehkan pengundi membuat keputusan tepat.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan pertandingan antara Rohaizat yang juga Setiausaha Umno cawangan Permatang Pauh dan Mohd Salleh, iaitu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. sinarharian

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....