Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Pas tetap pertahan perjuangan Islam



SHAH ALAM - Pas akan tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama dan adalah perlu rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) memahami perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, saranan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu digugurkan jawatannya berhubung isu arak adalah tepat berdasarkan keadaan semasa.

“Jika ia melibatkan kepentingan Islam Pas, kami tidak akan berkompromi. Bagai:manapun jalan penyelesainya adalah mengikut kaedah yang betul melalui pendekatan perbincangan yang memuaskan hati semua pihak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Hasan yang jugaPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam supaya Ronnie digugurkan dari jawatannya ekoran campur tangan dalam isu penjualan arak di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, terpulang kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menentukan kewajaran sama ada Ronnie perlu dilucutkan jawatan berdasarkan tindak tanduk yang diambil.

“Saya tidak boleh kata Ronnie perlu letak jawatan, kita berada jauh dari situasi tersebut, tetapi saya percaya PR mempunyai jalan tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini melalui pendekatan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun Harun menjelaskan konflik yang berlaku di negeri Selangor hanya melibatkan individu dalam DAP yang tidak memahami asas perjuangan yang dibawa oleh Pas dan PR.

Sehubungan itu, beliau percaya isu tersebut akan dapat diselesaikan melalui jalan permuafakatan yang adil supaya tidak merenggangkan hubungan dalam PR yang sudah terjalin selama ini.

2 ulasan:

org memali berkata...

yg benar wajib ditegakkan walau apa ideologi atau fahaman politik.

malaysian sabahan berkata...

Saja nak tanya orang orang PAS ni. Apakah yang menyebabkan Muslim minum ARAK? Adakah Penjual arak yang menyebabkan mereka meminumnya?Saya sarankan supaya PAS bagi FATWA MUSLIM yang minum ARAK di PANCUNG, habis cerita.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....