Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Pas mahu Selangor kuatkuasa larangan jual arak



KUALA LUMPUR – Pas menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. “Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, semalam. Kemelut berpunca daripada tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari kedai serbaneka di Shah Alam. Rentetan itu, Pas Selangor pada Selasa lepas mendesak Kerajaan Negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu, bagaimanapun ditolak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menganggap ia bukan satu isu. Mustafa berkata, beliau menyerahkan kebijaksanaan pimpinan Pas peringkat negeri untuk menanganinya. Ditanya mengenai kesediaan Pemuda UMNO bersama Dewan Pemuda Pas berhimpun secara sah mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Ronnie, katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenainya. Beliau turut menafikan dakwaan Penasihat Perundangan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah anggota Pas. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desakan Pas Selangor supaya Kerajaan Negeri mengugurkan Ronnie adalah satu sandiwara. “Ini semua sandiwara Pas sahaja. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan,” katanya selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. sinarharian

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....