Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Julai 2009

Selamat mengundi buat rakan rakan di Manik Urai.


Assalamualaikum,salam dari Ambo Tinta Hijau Dari Kaki Bukit.Pada jam 12.00 tengah malam ini tamatlah tempoh berkempen bagi parti2 politik yang bertanding pada PRK Manik Urai.Bermula jam 8.00 pagi keesokannya maka penat jerih pekerja2 kedua dua parti yang berkempen siang malam akan di tentukan.Parti mana yang akan memenangi pilihanraya ini akan terjawab lewat petang esok. Ambo,sebagai penyokong dan ahli PAS amat berharap semoga PAS terus bertapak di DUN Manek Urai ini.Harapan ambo Abe Uji dapat berkhidmat pada rakyat Manek Urai,meneruskan kesinambungan yang di tinggalkan oleh Gemuloh Pok Su Weil.

Selamat mengundi buat rakan rakan di Manek Urai.Harapan ambo semoga pengundi Manik Urai tidak terpedaya dengan tipu daya UMNO,dan terus memilih wakil PAS mewakili mereka dalam Dun Kelantan.Rakyat Kelantan termasuk di Manik Urai yang terkenal dengan kepintaran mereka dalam berpolitik tentunya tidak akan membiarkan UMNO merampas kerusi Manik Urai.Hari ini Ambo menaruh seribu kepercayaan pada lebih kurang 12000 pengundi agar terus menunjukkan kematangan anda dalam berpolitik.Selamat mengundi buat rakan rakan di Manik Urai.

Tapi jika ditakdirkan PAS kalah esok,itu adalah adat dalam pertandingan.Tapi itu tentunya tidak akan merubah apa apa dalam Dun kelantan.Pas tetap dapat memerintah Kelantan dengan majoriti 2/3.Tentunya penduduk Manik Urai mendapat semua apa yang dijanjikan oleh UMNO termasuk jambatan mas.Jika tidak kamu harus berarak beramai ramai ke Putra Jaya menntut apa yang dijanjikan oleh UMNO.Tapi ingat apa yang di janjikan oleh UMNO di Permatang Pasir dulupun masih belum tertunai..he..he...Selamat mengundi buat rakan rakan di Manik Urai.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....