Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 April 2014

Pemuda PKR Selangor Kecam Tan Sri Khalid Ibrahim

 Menteri Besar  Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pemuda PKR Selangor menyelar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggunakan media rasmi kerajaan negeri untuk tujuan berkempen bagi merebut pertandingan timbalan presiden pada pemilihan akan datang.

Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Khalid tidak seharusnya menjadi seperti pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menggunakan media Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berkempen demi kepentingan politik peribadi.

"Pemuda PKR Selangor kesal dan kecewa kerana sosok menteri besar Selangor yang sering menonjolkan dirinya sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti akhirnya kini bertindak menyalahgunakan portal media rasmi kerajaan negeri bagi tujuan politik peribadi beliau," katanya, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Saifuddin berkata, Khalid menggunakan laman portal Selangor Kini bertarikh 12 April 2014 di bawah tajuk "Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai timbalan presiden" bagi tujuan kempen politik beliau.

Khalid bakal ditentang penyandang kerusi berkenaan, Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, serta Datuk K Ramachandram bagi jawatan kedua tertinggi PKR itu.

Umum mengetahui Khalid tidak sebulu dengan Azmin, dan penyertaan Saifuddin, kata penganalisis politik tanah air, adalah bagi meredakan ketegangan yang wujud antara dua kem Azmin dan Khalid.

"Semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi Facebook dan Twitter turut disalahguna bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk menteri besar Selangor.

Mahkamah Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar Presiden Pas

 Pimpinan Pas yang hadir sebagai solidariti kepada Tuan Guru Presiden antaranya Ustaz Nasrudin Tantawi, Dr.Samsuri Mokhtar dan Ustaz Kamaruzaman Abdullah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.Hrkh

Ahad, 13 April 2014

Azmin Ali Bidas Saifuddin Nasution

 Azmin Ali

Penyandang kerusi Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa PKR merupakan parti berteraskan Melayu.

Menurut Azmin, PKR adalah parti politik berbilang kaum dan agama dan sudah berjuang hampir 15 tahun menolak politik perkauman.

Saifuddin dalam kenyataannya kepada akhbar News Straits Times 11 April lalu mengakui PKR perlu menerima hakikat bahawa parti itu masih bergantung kepada sokongan majoriti Melayu.

"Tidak. PKR tak pernah jadi politik berasaskan Melayu. PKR punya tanggungjawab besar memastikan satu budaya politik baru dapat dibawa dalam politik Malaysia, iaitu politik pelbagai kaum," kata Azmin pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya mengenai debat antara calon Timbalan Presiden, Azmin berkata pihaknya masih menunggu pandangan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sama ada membenarkannya diadakan.

"Sekiranya ahli parti melihat perbahasan terbuka membantu mereka membuat pilihan kita raikan penyertaan anggota parti mengadakan perbicangan terbuka," katanya.

Apabila ditanya mengenai visi dan misi terbaru, Azmin berkata perkara itu akan dijelaskannya melalui forum yang akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 16 April ini.

Merujuk kepada gabungan “Masa Depan Bersama antara Saifuddin-Nurul Izzah Anwar-Rafizi Ramli”, beliau sekali lagi menegaskan strategi itu tidak memberi perkembangan sihat kepada masa depan PKR kerana baginya yang menentukan masa depan parti adalah ahli dan bukan mengikut kumpulan.

Menarik !! Penganut Kristian Soal Ust Azhar Idrus

 Untuk besarkan KLIK imej

Pertanyaan oleh penganut agama Kristian di fanfage Ustaz Azhar Idrus Original.Soalan yang menarik dan jawapan terbaik dari Ust Azhar ~ Tinta Hijau DKB

Sabtu, 12 April 2014

Foto Najib Ziarah TG Haron Din Di IJN


KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang kini mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), menerima kunjungan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Kehadiran Najib kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi disambut ceria oleh Ustaz Haron yang ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu Dr Azlin Azzuddin, lapor Bernama.
Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Ustaz Haron yang menerima rawatan di disitu sejak seminggu lalu.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.Kali terakhir Tuan Guru Haron Din menerima rawatan di IJN pada hujung Januari lalu.Hrkh

PKR tidak harus berpusat kepada tokoh tertentu ~ Zuraida


BUKIT MERTAJAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketua umum PKR.

"Parti ini sudah berkembang walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....